Berkuburkan LGBT Setelah Seksualiti Merdeka Diputuskan Haram?

Alhamdulillah! Lega rasanya bila mendengar khabar mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang sebulat suara menolak rayuan penyokong-penyokong LGBT yang mahu membatalkan keputusan pihak berkuasa mengharamkan semua program “Seksualiti Merdeka”.

Semalam, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Clement Allan Skinner, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dan Datuk David Wong Dak Wah membuat keputusan tersebut, sekaligus menafikan golongan yang cuba mencetuskan budaya songsang LGBT di Malaysia.

Pada saya, keputusan tersebut adalah satu rahmat buat Malaysia yang bakal menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-56 pada hujung Ogos ini. Malaysia merdeka dari budaya LGBT!Saya yakin, para penyokong LGBT seperti Ambiga, Marina Mahathir, Irene Fernandez serta NGO seperti SUARAM dan Bar Council akan menganggap keputusan itu sebagai “zalim” dan tidak adil. Maklumlah, bukankah mereka pejuang “hak asasi manusia” yang “menghalalkan” segalanya…

Sebenarnya, saya tidak faham apakah pegangan puak-puak LGBT yang dikatakan semakin meluas pengaruhnya. Apakah mereka beragama Islam? Apakah mereka pengikut agama Buddha atau menganut ajaran Hindu?

Setahu saya, sebanyak 28 laporan polis telah dibuat berhubung program “Seksualiti Merdeka” yang cukup kuat berbaur gejala songsang LGBT itu. Laporan-laporan polis itu dibuat oleh kumpulan yang terdiri dari masyarakat Islam, Buddha dan Hindu.

Dari itu, jelaslah bahawa ketiga-tiga agama terbesar di Malaysia ini menolak sama sekali gejala songsang tersebut.

Persoalannya, apakah para penyokong LGBT dan “Seksualiti Merdeka” itu dengan sengaja mengenepikan kepentingan fahaman agama masing-masing demi “hak asasi manusia” di dalam konteks pemahaman mereka?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana