Berapa Pakatan Bayar Irwan Fahmi Tuntut PM Letak Jawatan?

ADA banyak pandangan dan rungutan lanjutan dari gesaan Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris semalam yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletakkan jawatan.

Ada yang marah, emosi dan sebagainya. Semua ini sudah dijangka sebab UMNO terima banyak kesan negatif dari golongan bukan Melayu apabila dilihat bekerjasama dengan Perkasa yang sudah dijenamakan sebagai pertubuhan rasis oleh pembangkang.

Alih-alih sekarang sayap pemudanya minta PM Letak jawatan pulak, tak ke gila?

Pada penulis sendiri, kenyataan ‘berbau’ Anwar Ibrahim yang disebutkan Irwan Fahmi semalam adalah lebih menguntungkan UMNO dari merugikan. Sebabnya mudah saja, selama hari ini yang dok kutuk Perkasa beria sangat siapa? Pembangkang juga (terutama DAP), dan bila sekarang Ketua Wira Perkasa sendiri bercakap macam Anwar bercakap, siapa yang rugi?

Sudah tentu ada wujud kerjasama di belakang antara Irwan dan Anwar Ibrahim untuk keluar statement yang macam itu. Anwar boleh beli bekas pendakwaraya dalam kes liwatnya dengan Saiful Bukhari, apa lagi si Irwan ni, berapa sen sangat harga dia pun.

DAP sepatutnya sudah boleh bimbang sekarang kerana jika benar Anwar bekerjasama dengan Perkasa di belakang mereka, maka ini satu petunjuk bahawa Anwar sudah mahu kembali menjadi juara Melayu, seterusnya meletakkan DAP dalam kedudukan yang sukar.

Walaupun DAP boleh bergantung kepada undi Cina, tapi dengan jumlah populasi cina di negara kita hanya sekitar 33%m berapa banyak sangat kerusi boleh dapat kalau tidak ada bantuan dari undi Melayu?

Lagipun Anwar tahu, dalam PRU13 yang lepas, walaupun cina bersatu menyokong pembangkang dan Melayu sendiri terbahagi kepada 3 golongan, BN/UMNO masih boleh mengekalkan kemenangan di peringkat persekutuan dan 10 negeri.

Pada fikiran Anwar, lebih baik dia tumpukan Melayu dari buang masa melayan cina, menangnya tak juga, malah merugikan lagi ada. Yang untung DAP seorang (tambah 10 kerusi Parlimen), sementara PKR dan PAS masing-masing berkurangan kerusi berbanding keputusan pilihanraya umum 2008.

Dengan PAS lebih teruk apabila kehilangan Kedah.

Jadi jangan terperanjat kenapa sayap pemuda Perkasa tiba-tiba ubah kiblat, bercakap senada dengan Anwar Ibrahim. Skripnya itu sendiri menampakkan memang Anwar sebagai dalang. Dari BR1M rasuah, penggunaan ’Hj Najib’ dan sebagainya, semua itu menunjukkan Anwar terlibat.

Penulis tidaklah menuduh, tapi berapa banyaklah agaknya duit dah disogok masuk dalam mulut budak Irwan Fahmi ini pun supaya dia keluar kenyataan yang sebegitu?

Sekali lagi penulis tekankan, penulis tidak menuduh, tapi sudah tentu ada penjelasan kenapa perubahan yang secara tiba-tiba ini berlaku, walaupun kenyataan tersebut bukan dibuat atas kapasiti Ketua Wira Perkasa, tapi individu.

Justeru penulis kata, UMNO tak perlu kelam kabut dengan kenyataan budak ini. Sebaliknya kita perlu ambil peluang secukupnya dari kenyataan tersebut untuk menjatuhkan imej Anwar Ibrahim dan pembangkang dengan merujuk kerjasama dalam senyap dengan sayap pemuda Perkasa ini.

Kita patut lihat apa reaksi DAP sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana