"Bas dipandu laju, ada masalah break" - Majikan mangsa

KUALA LUMPUR: Majikan kepada salah seorang mangsa yang cedera dalam nahas bas di Lebuh Raya Karak, Siti Rohamuton Yusof berkata, pekerjanya ada menelefonnya dan memberitahu bas yang dinaikinya dipandu laju.

S A Ali Haider yang merupakan warganegara Bangladesh turut memberitahu Siti Rohamuton bahawa bas berkenaan mengalami masalah brek.

Ali Haider yang patah bahu dan kaki kiri kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Siti Rohamuton memberitahu, dia turut menyertai Ali Haider dan empat ahli keluarganya berkunjung ke pusat peranginan Tanah Tinggi Genting, semalam.

 "Saya pada mulanya menyertai mereka berlima semalam. Tapi cable car rosak, kami pulang ke Kuala Lumpur. Hari ini mereka pergi lagi kerana nak merasai pengalaman menaiki cable car di Malaysia, namun saya tidak turut serta.

"Selepas naik cable car, mereka pulang. Mangsa (Ali Haider) sempat menghubungi saya mengatakan bas yang mereka naiki dipandu laju.

"Semasa saya menemui dia sebentar tadi, dia kata bas laju dan brek masalah sebelum jatuh gaung," katanya.

Ali Haider adalah antara mangsa yang terselamat dalam nahas bas yang jatuh dalam gaung di KM3.5 Lebuh Raya Karak.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, sekurang-kurangnya 37 penumpang daripada kesemua 53 penumpang bas ekspres Genting disahkan meninggal dunia.

Manakala baki 16 penumpang dilaporkan cedera.

Lima mangsa yang cedera dirawat di HKL, lapan di Hospital Selayang, dua di Hospital Sungai Buloh dan seorang di Hospital Bentong.

Tiga mangsa yang dirawat di HKL yang pada awalnya kritikal kini dilaporkan telah stabil.

Operasi menyelamat mangsa nahas bas penumpang dilaporkan ditamatkan kira-kira jam 8.25 malam tadi dan bangkai bas akan diangkat awal pagi esok oleh PUSPAKOM.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor, berkata operasi mencari mayat mangsa akan diteruskan unit anjing pengesan esok.

"Kes masih dalam siasatan dan daripada tinjauan yang dilakukan keadaan jalan kering serta cuaca cerah. Ia mungkin disebabkan kecuaian pemandu ataupun masalah teknikal bas," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana