Bangkit Dengan Api Perjuangan, Tempoh Kecewa Sudah Berlalu - Najib

RAWANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan seluruh anggota Umno khususnya di Selangor agar bangkit dengan api perjuangan bagi mengembalikan keyakinan rakyat di negeri itu.
Beliau berkata tempoh kekecewaan setelah gagal meraih mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Selangor khususnya telah berlalu.
Sebaliknya beliau mahu anggota Umno mengakui kesilapan dan kekhilafan yang telah dilakukan pada pilihan raya lalu dan menjadikannya iktibar agar ia tidak berulang pada PRU ke-14 nanti.
"Kita mesti tanya pada diri kita di mana kelemahan, kekhilafan atau tindakan serta keputusan yang tidak kena atau tersasar yang menyebabkan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak mencapai apa yang kita harapkan dan cita-cita itu tidak menjadi kenyataan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri bersama rakyat Selangor di Institut Kraf Negara di sini malam Jumaat.
Majlis itu turut Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor.
Najib turut mengajak anggota Umno untuk merapatkan barisan dan tidak berputus asa serta bermuhasabah agar Selangor menjadi milik BN pada PRU-14 nanti.
"Titik tolak kepada pemulihan Umno Selangor dan kejayaan kita pada hari muka adalah kesetiaan kepada parti, permuafakatan dan perpaduan mesti kita jaga sepanjang masa.
"Kita mesti buat satu post mortem yang begitu kritikal dan jujur, kita mesti sanggup mengupas, membelek dan mendalami setiap yang telah berlaku, sama-samalah kita berkongsi pendapat kita," katanya.
Najib berkata walaupun tidak lagi menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, beliau akan tetap membantu kepimpinan Umno di negeri itu bagi mengembalikan Selangor ke pangkuan Umno dan BN.
"Saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya lakukan sepanjang menjadi pengerusi, harap kerjasama pada saya akan diteruskan. Buatlah kerja bersungguh-sungguh, tunjukkan sikap yang serius, jangan tidak hadir sidang Dewan, dampingi rakyat,sekiranya kita mengamalkan sikap rendah diri dan mesra rakyat, peluang untuk kembali berkuasa tentu lebih baik," katanya.
Najib, yang Presiden Umno, turut berharap agar anggota Umno membuat keputusan yang tepat pada pemilihan parti itu di peringkat Selangor.
"Jangan buat angkara yang boleh melemahkan parti, pilihlah pemimpin sebaiknya, kita perlukan adunan yang lama dan baharu, bakat-bakat kepimpinan yang boleh kita asuh untuk kepimpinan parti," katanya.
Majlis yang bermula sejak 6 petang itu dihadiri oleh kira-kira 20,000 orang serta kepimpinan Umno dan parti-parti komponen BN. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana