Awas jerat slogan 'Ubah'...

Melihat pergolakan berdarah yang melanda Mesir dan Syria sekarang sepatutnya ia sudah menjadi pedoman bagi mereka yang menyimpan impian hendak merubah kerajaan dengan cara yang sewaktu dengannya.

Ibarat kata yang kejar tidak dapat dan yang dikendong berciciran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyebut sebarang negara lain secara spesifik semasa memberi nasihat agar rakyat berwaspada terhadap laungan mahukan perubahan.

Namun contoh yang jelas sudah terbentang didepan mata di dua negara berkenaan.

Berucap pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada warga emas Kampung Marhum, dekat Pekan, Ahad beliau mengingatkan apa jua perubahan yang dimahukan rakyat, ia perlulah berlandaskan perubahan yang terancang, tersusun dan rapi.

Perdana menteri berkata tindakan meruntuh atau merudumkan apa yang sedang dinikmati, semata-mata mahukan perubahan, pasti tidak akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik.

"Jika kita buat keputusan meruntuhkan apa yang dibina, ia belum tahu adakah lebih baik seperti apa yang dinikmati ketika ini," katanya.

Perdana Menteri berkata di negara-negara tertentu yang turut melaungkan slogan perubahan, seperti mana pihak pembangkang di negara ini yang berslogankan "ubah", ternyata rakyat di negara berkenaan tidak mengecapi maksud sebenar perubahan itu, melainkan keaadaan kacau bilau dan perang saudara.

"Jika mahukan perubahan, perubahan yang terancang, tersusun dan rapi adalah lebih terjamin berbanding dengan meruntuhkan apa yang dibina sebelum ini," katanya.

Perdana Menteri berkata menerusi kestabilan, kemakmuran dan keamanan yang dinikmati, ia membolehkan rakyat menjalani kehidupan normal.

"Kestabilan bagi meneruskan kehidupan untuk mencari rezeki dalam membesarkan anak-anak, beri pelajaran, keadaan kita bertambah lebih baik lagi, jadi kita kekalkan apa yang ada.

"Untuk meruntuhkan, merudumkan, hanya sekelip mata, membina memerlukan bertahun-tahun, dari satu generasi ke satu generasi lain, apa yang dinikmati kini adalah hasil perjuangan pemimpin sebelum ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana