AS siap sedia serang Syria.

WASHINGTON 24 Ogos - Amerika Syarikat (AS) dipercayai sedang bersiap sedia untuk melancarkan operasi ketenteraan ke atas Syria, ketika armada perang negara itu dilihat sedang mengukuhkan kedudukannya di Laut Mediterranean.

Setiausaha Pertahanannya, Chuck Hagel membayangkan, Pentagon telah menggerakkan tenteranya ke suatu kawasan menjelang kemungkinan tindakan ketenteraan dilancarkan ke atas Syria, walaupun Presiden Barack Obama menyuarakan tindakan berhati-hati.

Menurut Hagel, komander-komander AS, bagaimanapun telah menyediakan beberapa 'pilihan' kepada Obama, sekiranya beliau memilih untuk meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Damsyik.

''Jabatan Pertahanan mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan (pilihan) kepada Presiden dengan pilihan luar jangka.

''Untuk itu, ia memerlukan pasukan dan aset ketenteraan kami diletakkan dalam kedudukan bersedia melaksanakan pilihan berbeza yang mungkin dipilih oleh Presiden,'' katanya sebelum berlepas ke Malaysia dalam rangka lawatan ke Asia.

Kenyataan Hagel dibuat selepas seorang pegawai pertahanan berkata, tentera laut Amerika akan mengukuhkan kedudukannya di Laut Mediterranean dengan penghantaran kapal perang keempat dilengkapi peluru berpandu ke sana.

Armada Keenam AS yang diberi tanggungjawab di Mediterranean memutuskan untuk mengekalkan kapal Perang USS Mahan di rantau itu daripada kembali ke pangkalannya di Norfolk, Virginia.Tiga kapal pemusnah lain buat masa ini telah ditempatkan di kawasan itu iaitu, kapal Kapal Perang USS Gravely, USS Barry dan USS Ramage dengan kesemuanya dilengkapi peluru berpandu Tomahawk.

Pengukuhan aset tentera akan membolehkan Pentagon bertindak secara berterusan sekiranya Obama mengarahkan tindakan ketenteraan diambil terhadap Syria. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana