Anwar, Karpal buat laporan polis terhadap calon Umno Permatang Pauh

Anwar dan Karpal membuat laporan polis terhadap Dr. Mazlan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Ogos, 2013.

Calon Umno bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail kini menjadi perhatian apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguamnya, Karpal Singh membuat laporan polis terhadapnya selepas akhbar mendedahkan beliau menerima 6,000 surat yang mendakwa Ketua Pembangkang itu membayar RM50 juta kepada Karpal itu sebagai rasuah sejak 2008.

"Surat yang tidak diketahui pengirimnya tidak mempunyai asas kukuh dalam undang-undang," kata Karpal ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Sambil menyelar tindakan Dr Mazlan yang mendedahkan perkara itu di media arus perdana, calon Umno ketika Pilihan Raya 2013 itu tegas Karpal seharusnya membawa perkara itu kepada pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Karpal berkata, pihaknya juga akan memfailkan saman fitnah terhadap Dr Mazlan.

Laporan media semalam menyebut Dr Mazlan mendedahkan lebih 6,000 surat yang tidak diketahui pengirimnya telah dihantar ke alamat rumahnya yang mana mendakwa Anwar membayar Karpal lebih RM50 juta sejak 2008 bagi kos guaman dan rasuah untuk hakim dan peguambela.

Dalam respon balasnya, Karpal mempersoal Mazlan dan media kerajaan untuk tampil mengemukakan buktinya.

"Cabaran saya kepada Mazlan supaya keluarkan akaun bank, nombor cek, dan nama individu yang membuat dakwaan ini," katanya.

Pengerusi DAP itu juga kemudiannya menggesa Peguam Negara Tan Sri Gani Patail mengambil tindakan untuk mempertahankan sistem perundangan. "Dakwaan ini bertentangan dengan sistem kehakiman," katanya lagi.

Karpal juga berkata tahun-tahun beliau mempertahankan Anwar adalah atas dasar persahabatan mereka dan bukannya atas faktor kewangan.

"Menuduh saya menerima rasuah adalah dakwaan serius dan saya tidak akan berdiam diri," kata Karpal memberi amaran. - 4 Ogos, 2013.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana