Anwar bohong dakwa PM tawarkan kerajaan perpaduan - Blog

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tawaran kepadanya untuk membentuk kerajaan perpaduan adalah suatu pembohongan.

Sebaliknya dedah sebuah blog, rbfonline, Anwar sebenarnya yang menawarkan kerajaan perpaduan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) kepada Najib dengan tiga syarat pada bulan Ramadan lalu.

Tiga syarat Anwar itu dakwa rbfonline adalah:

(i) melantik beliau (Anwar) sebagai Timbalan Perdana Menteri

(ii) melantik empat Ahli Parlimen PKR sebagai menteri

(iii) beliau (Anwar) akan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Najib akan memilih siapa pengganti kekosongan itu.

Dakwa blog berkenaan, tawaran Anwar itu sekali lagi dibuat melalui bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang berkunjung ke Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu bersama rombongan antaranya Ade Dwi Irawan, Hamid Awaludin serta Emir Chairullah.

Menurut rbfonline, rombongan itu datang menaiki pesawat peribadi Jusuf dengan nombor pendaftaran PK-JKM dan mendarat di Kuala Lumpur pada pukul 8.20 malam, tetapi semua tawaran Anwar dikemukakan Jusuf ditolak Najib.

"Jusuf agak keberatan untuk menjadi orang tengah sekali lagi kerana beliau ada pengalaman ditipu Anwar semasa menjadi orang tengah dalam kes perjanjian pilihan raya umum lalu. Namun, pujukan demi pujukan membuat Jusuf mengalah dan bersetuju.

"Selesai bertemu Najib, Jusuf terus menyampaikan berita penolakan kepada Anwar. Jusuf pulang dengan pesawat yang sama keesokannya," dakwa blog itu menerusi entri Kisah Sebenar-Anwar Yang Tawarkan Perpaduan Dengan Najib.

Anwar dalam wawancara bersama laman web Asia Sentinel Isnin lalu mendakwa kononnya Perdana Menteri menghubunginya dan mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara UMNO dan PKR tetapi beliau menolaknya.

Baca kenyataan penuh Pejabat Perdana Menteri menjawab isu ini dengan klik link ini: Sumber Sini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana