Anggota Keselamatan Cedera Ditembak Ketika Melakukan Rondaan Di Sempadan

BUKIT KAYU HITAM: Seorang anggota tentera cedera selepas ditembak di bahagian belakang oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali berhampiran sempadan keselamatan Malaysia-Thailand kira-kira 50km dari Alor Star.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.00 pagi Sabtu berhampiran pagar yang memisahkan kedua-dua negara jiran.

Anggota tentera yang cedera telah dikenal pasti sebagai Mohd Azam Rudin Azizan, 26, dari Rejimen Askar Melayu Diraja ke-2 yang berpangkalan di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Beliau bertugas membuat rondaan dengan anggota rejimen lain dengan motosikal di sempadan.

The Star difahamkan, beliau dan rakannya mendapati laluan berpagar di kawasan tersebut telah diceroboh dan ketika Mohd Azam bergerak ke hadapan untuk membaiki pagar yang rosak beliau ditembak dari belakang.

Beliau mengalami tiga luka akibat tembakan di belakang dan dikejarkan ke Hospital Kangar pada pukul 6.00 pagi untuk rawatan.

Keadaan beliau dilaporkan stabil. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya mengesahkan mengenai kejadian itu. “Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes tembakan itu,” kata Mohd Nashir yang enggan mengulas lanjut kerana “sebab-sebab keselamatan”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana