Amran mahu teruskan legasi bapanya perjuangkan Melayu dalam DAP..Balaci DAP Ni?

SHAH ALAM: Bekas wartawan Utusan Malaysia Amran Ahmad mengumumkan hasratnya untuk bertanding bagi jawatan ahli jawatankuasa pusat (CEC) DAP jika pemilihan parti diadakan semula.

Amran, anak bekas Naib Presiden DAP Ahmad Nor, berkata beliau terpanggil untuk bergerak aktif semula dalam parti itu apabila mendapati kurangnya suara orang Melayu dan mahu meneruskan perjuangan serta legasi bapanya itu.

"Saya baru menerima galakan daripada kawan-kawan dan juga rakan-rakan arwah bapa saya yang meminta saya, menggalakkan saya untuk  bertanding pada kali ini.

"Saya berhasrat untuk bertanding dalam CEC, iaitu majlis tertinggi dalam parti DAP sekiranya pemilihan tersebut terpaksa dilakukan semula seperti yang diarahkan ROS.

"Saya ingin bertanding bagi menunjukkan DAP sebuah parti berbilang kaum yang turut mengambil kira pandangan dan pendapat orang Melayu dalam majlis tertinggi parti itu," katanya ketika dihubungi oleh Antarapos di sini, hari ini.

Menurut Amran, jika anak pemimpin Umno seperti Zairil Khir Johari boleh meraih 803 undi, beliau selaku anak pemimpin DAP juga boleh mendapat undi secukupnya untuk berada di barisan pemimpin tertinggi parti.

Pada 30 Julai lalu, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia (ROS) tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberi oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan.

Setiausaha DAP Lim Guan Eng bagaimanapun tidak berpuas hati dengan alasan yang dikemukakan ROS dan mencabar ketua pengarah jabatan itu, Datuk Abdul Rahman Othman, untuk bersemuka.

Mengulas lanjut, Amran berkata keputusan untuk bertanding adalah bagi menolak persepsi masyarakat berhubung dakwaan DAP adalah parti perkauman.

"Itu (DAP parti perkauman) adalah tanggapan sesetengah pihak, tapi pada dasarnya dan haikatnya DAP adalah parti pelbagai kaum. Cuma buat masa sekarang ia didominasi masyarakat Cina. Ahli-ahlinya juga daripada masyarakat Cina. Jadi ia menjadikan DAP sebagai sebuah parti perkauman.

"Jadi penyertaan saya dalam CEC akan membolehkan berlakunya perubahan persepsi di kalangan masyarakat negara ini," katanya.

Amran dipecat dari Utusan Malaysia pada tahun 2009 kerana didakwa memburuk-burukan imej akhbar itu ketika menjalankan tugasnya selaku presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).

Bapanya, Ahmad pernah dilantik sebagai presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebelum menjadi naib presiden DAP.

Beliau juga adalah pemimpin Melayu pertama yang berjaya menjadi ahli parlimen DAPdengan memenangi kerusi parlimen Bayan Baru pada 1990.Isu pemilihan CEC parti itu tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak mengundi.

Isu itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan bekas pemimpin sehingga ada yang bertindak membawa kes itu ke mahkamah.

Kontroversi pemilihan CEC DAP semakin menarik selepas pendedahan Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC) tulisan 'Father Augustus Chen' yang menyatakan secara terperinci penipuan dalam pemilihan itu sejak 47 tahun lalu.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sebelum ini mencabar 'Father Augustus Chen' supaya tampil dan membuktikan dirinya benar-benar wujud. Namun sehingga hari ini belum ada mana-mana individu yang tampil mengakui dirinya sebagai penulis buku berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana