Altantuya tidak terlibat...PR Hanya Mengkaburi Mata Rakyat Malaysia Selama Ini.

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl sekali lagi tampil menjawab isu-isu berkaitan kontroversi Scorpene serta menegaskan Altantuya Shaariibuu tidak pernah terlibat dalam pasukan rundingan pembelian kapal selam itu.

Dalam kenyataan akhbar setebal empat muka surat hari ini, beliau antara lain menyifatkan dakwaan bahawa Perimekar Sdn. Bhd. (Perimekar), syarikat bertanggungjawab dalam logistik dan latihan pegawai serta anggota Angkatan Kapal Selam, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah sebuah agensi pelancongan sebagai keterlaluan dan tidak berasas.

Jasbir turut menjawab dakwaan yang melabelkannya sebagai seorang 'broker' atau 'ejen komisen' dengan menjelaskan realitinya, beliau ialah Penasihat Strategik Amanah Thales di Malaysia yang terlibat dalam beberapa projek berkaitan industri pertahanan.

"Selaras dengan itu dan melihat latar belakang saya dalam industri terbabit, Thales memberitahu saya mereka mahu memberi tumpuan kepada penjualan kapal selam kepada kerajaan Malaysia. Banyak pihak telah meletakkan sasaran sama tetapi tidak mampu.

"Oleh yang demikian, mereka (Thales) meminta saya untuk menganalisis, menilai dan membangunkan cadangan untuk membekalkan kapal selam kepada kerajaan. Untuk itu, saya telah diperkenalkan kepada DCN International (DCN), syarikat pengeluar kapal selam Agosta 70 dan Scorpene milik kerajaan Perancis,'' katanya.

Berikutan itu, ujarnya, keputusan dibuat dengan Perimekar dilantik sebagai syarikat tempatan untuk menerajui projek kapal selam terbabit selain mewujudkan sebuah syarikat yang akan menjadi pembekal perkhidmatan luar untuk menasihat serta membantu Thales iaitu Terasasi Sdn. Bhd. (TSB).

"Dalam masa saya, kami bertemu Abdul Razak Baginda dan beliau menjadi salah seorang anggota pasukan rundingan atas kapasiti pengalamannya sebagai penganalisis pertahanan serta pengetahuan berhubung industri pertahanan.

"Bagi menguatkan lagi kerja-kerja rundingan, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dilibatkan sama dan LTAT kemudian membawa Boustead sebagai rakan kongsi Perimekar,'' jelasnya.

Berhubung isu kononnya Altantuya terlibat dalam pasukan rundingan, beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa model yang didakwa sebagai penterjemah tersebut tiada kaitan dalam projek berkenaan.

"Tiada keperluan melantik penterjemah untuk membantu proses komunikasi antara wakil Perancis dan Malaysia dalam rundingan Scorpene. Altantuya tidak terlibat dalam proses itu," katanya.

Jasbir berkata, kontrak pembelian Scorpene telah diberikan pada 2002 dan Abdul Razak hanya bertemu dengan Altantuya pada 2004.

Bulan lalu, Jasbir membuat pengakuan terbuka menjawab isu-isu berkaitan Scorpene dan Altantuya serta bersumpah bahawa model itu tidak pernah berada di Perancis apabila mereka cuba memuktamadkan perjanjian itu.

Beliau turut menafikan sekeras-kerasnya kewujudan elemen rasuah dalam urus janji Scorpene.

Persepsi negatif yang sengaja dimainkan pihak tertentu berhubung isu pembayaran RM452 juta (115 juta euro) sebagai 'komisen' kepada Perimekar disangkal oleh Jasbir yang menegaskan jumlah itu sebenarnya bayaran khidmat pengurusan bagi syarikat berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana