ADUN DAP miliki aset terbanyak, wakil PAS ada kereta, motosikal

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Phee Boon Poh barangkali memiliki aset paling banyak di kalangan wakil rakyat, Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
Beliau memiliki lapan hartanah termasuk aset bersama ada antaranya berada di Hamilton, New Zealand.

Menurut deklarasi aset beliau, Phee yang juga Exco Negeri, memiliki rumah (harta pusaka) dan tanah di Hamilton, sebuah pangsapuri di Pantai Molek, Butterworth, sebuah rumah di Taman Dalia, sebuah rumah kedai di Bandar Mutiara (harta pusaka), tanah di Teluk Air Tawar, sebuah penthouse di Bagan Ajam dan tanah banglo di Batu Kawan.

Phee juga memiliki pegangan di 24 syarikat dan enam syarikat unit amanah. Bagaimanapun harta Phee bukan sesuatu yang baru kerana sebahagian besarnya diperolehi menerusi warisan keluarganya.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, memiliki dua rumah kedai di Melaka, aset yang hampir sama ketika kali pertama beliau mengetuai kerajaan Pulau Pinang pada 2008.

Beliau mempunyai simpanan tetap sebanyak RM308,368 dan pegangan di lapan syarikat unit amanah.

Sebuah rumah kedai itu adalah pemilikan bersama dan dibeli pada harga RM435,000 sementara sebuah lagi dibeli pada harga RM530,000.

Lim sudah selesai membayar pinjaman sebanyak RM300,000 bagi rumah kedai pertama, dan pinjaman sebanyak RM350,000 bagi rumah kedai kedua tahun lalu.

Semua butiran itu didedahkan selepas Lim, semua ahli exco Pulau Pinang dan ADUN Pakatan Rakyat mengisytiharkan aset mereka kepada umum, semalam.

Lim juga tidak mempunyai sebarang kenderaan kerana menggunakan kereta rasmi.

Seorang lagi Exco Negeri, Lim Hock Seng juga dari DAP, memiliki sebuah rumah di Seberang Jaya, sebuah flat di Mutiara Perdana, flat di Vista Perdana, sebuah rumah kedai di Jalan Raja Uda dan sebuah kilang di Permatang Pauh (milik bersama)serta dua bidang tanah di Teluk Air Tawar.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS negeri dan ADUN Permatang Pasir, Datuk Salleh Man tidak memiliki sebarang hartanah dan pegangan.

Beliau hanya mempunyai sebuah motosikal dan kereta Toyota Corolla Altis yang masing-masing berharga RM5,000 dan RM118,000

Datuk Abdul Malik Abul Kassim daripada PKR juga tidak memiliki sebarang hartanah atau pegangan saham.

Abdul Malik yang juga Exco Negeri dan ADUN Batu Maung penggal kedua, memiliki sebuah Proton Tiara, Honda CRV, dan Ford Ranger yang dibelinya masing-masing pada harga RM36,000, RM143,000 dan RM32,000.

ADUN Machang Bubuk daripada PKR, Lee Khai Loon juga tidak memiliki sebarang hartanah namun beliau mempunyai 10,254 unit Amanah Saham Wawasan 2020 dan deposit tunai bernilai RM41,990.

ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim daripada DAP pula hanya mempunyai sebuah rumah flat dan Proton Wira yang dibelinya masing-masing pada harga RM50,00 and RM43,000.

Beliau membuat pinjaman bernilai RM45,000 dan RM23,000 untuk membeli rumah flat dan kereta tersebut.

ADUN Sungai Bakap Maktar Shapee daripada PKR memiliki tanah (harta pusaka) di Seberang Prai Selatan dan sebuah Proton Persona yang dibeli pada harga RM60,000.

Beliau juga tidak mempunyai sebarang hartanah, pegangan atau unit saham amanah.

Butiran aset itu termasuk hartanah, pelaburan dan kenderaan adalah sehingga 5 Mei tahun ini.

Deklarasi itu akan dimuat naik ke dalam laman web rasmi kerajaan negeri itu pada Rabu.

Sementara itu, Lim berkata ADUN Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang amat dialu-alukan untuk mengisytiharkan aset mereka dan kerajaan negeri sedia membantu.

Firma audit, Grant Thornton telah dilantik oleh kerajaan negeri itu menguruskan perkara berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana