Adakan Pemilihan Semula CEC: Guan Eng Tak Perlu Merengek

Meluat pula saya lihat “lakonan” Setiusaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang seolah-olah merengek menagih simpati apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) meminta partinya mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) partinya.

Dia menyalahkan Menteri KDN, Datuk Seri Zahid Hamidi, berhubung tindakan ROS itu dan menuduh menteri berkenaan sengaja menjadikan DAP mangsa politik dan salahguna kuasa.

“Anak Maharaja DAP” dari ‘Dinasti Lim” itu mendakwa bahawa kepimpinan DAP telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan berhubung kontroversi pemilihan CEC parti tersebut dan ROS tidak punya sebarang alasan untuk meminta pihaknya melakukan pemilihan pimpinan itu sekali lagi.

Tapi, dia boleh pula mengaku kesilapan kiraan undi yang melibatkan beberapa calon CEC yang di antaranya menyaksikan seorang “Melayu celup”, Zairil Khir Johari dan salah seorang calon terpilih, Vincent Wu berganti kedudukan carta pemilihan!

Saya sebenarnya tidak tahu apa yang Guan Eng nak risaukan dengan arahan terbaru ROS terhadap parti “anak beranak” itu. Arahan tersebut sangat mudah untuk dilaksanakan dan tiada apa yang perlu dirisaukan.

Jika ROS arahkan DAP adakan pemilihan semula bagi CEC, buat sajalah! Apa yang susahnya?

Atau Guan Eng sebenarnya risau jika calon-calon CEC yang telah membuat “bai’ah” pada “Dinasti Lim” tewas dalam pemilihan semula nanti? Takut “team”nya tidak terpilih?

Sebagaimana maklum, dalam pemilihan CEC parti itu yang lalu, kroni-kroni “Dinasti Lim” memonopoli carta ahli jawatankuasa yang terpilih dan “anak beranak Singh” pula yang sekadar “hiasan” di dalam keputusan pemilihan yang lalu. Kononnya, “multi-racial”!

Malangnya, mungkin Guan Eng terlupa mengenai calon CEC bagi bangsa Melayu di dalam kepimpinan parti “multi-racial” itu. Dia fikir Zairil akan terpilih memandangkan “Melayu celup” itu mempunyai raut iras “si mata sepet”…

Tiba-tiba Zairil kalah dan ia dikatakan telah mencemaskan hati “Dinasti Lim”. Takut juga mereka jika dikatakan “tidak multi-racial” jika tiada Melayu yang terpilih! Tunku Aziz sudah berpatah arang dengan DAP, hanya Zairil saja yang sanggup “kowtow” pada mereka?

Persoalannya, mengapa Guan Eng marah sangat bila disuruh adakan pemilihan semula dan tuduh perkara yang bukan-bukan terhadap Menteri KDN?

Saya lihat, Guan Eng sengaja membuat persepsi liar terhadap Zahid tanpa bukti yang kukuh. Yang tidak terima alasan DAP ialah ROS, apa pula kena mengena Zahid dengan keputusan ROS itu? Lagipun saya yakin, Zahid sendiri sedar beliau tidak punyak hak untuk mempengaruhi keputusan ROS.

Pada hemat saya, ROS sendiri begitu teliti dalam membuat keputusan yang bertentangan dengan kepentingan DAP. Maklumlah, DAP dipenuhi peguam-peguam yang selalunya akan mengheret siapa saja yang tidak bersetuju dengan kemahuan mereka ke mahkamah.

Jadi, sudah tentulah ROS punya alasan yang kukuh untuk meminta DAP buat pemilihan CEC semula. Apa yang Guan Eng nak marah sangat?

Pada saya, pemilihan CEC DAP kali ini pasti sengit. Sudah tentu “Dinasti Lim” akan cuba mempertahankan kemenangan kroni-kroni mereka. Manakala ahli-ahli DAP yang sudah bosan dengan anak beranak “chauvinis ultra kiasu” itu pasti akan menentang kroni terpilih itu, bukan?

Saya sarankan pada Guan Eng, laksanakan saja arahan ROS itu. Setidak-tidaknya DAP boleh buktikan kononnya mereka “telus” dan “berintegriti”. Arahan lakukan pemilihan CEC itu sudah cukup baik dari ROS. Kalau ROS isytihar DAP tidak sah sebagai parti seperti UMNO dulu bagaimana? Haru, kan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana