40 Tahun Hilang Di Hutan...DiJumpai Kembali

Dua orang lelaki, yang merupakan ayah dan anaknya,dijumpai hidup di tengah hutan Vietnam selepas empat dekad dinyatakan hilang dalam Perang Vietnam. Ho VanThanh dan putranya Ho Van Lang rupanya meninggalkan desa 40 tahun lalu setelah sebuah bom menewaskan tiga anggota keluarga mereka.
Mereka ditemui penduduk tempatan yang sedang mencari kayu bakar di hutan lebat di daerah Tay Tra di WilayahQuang Ngai. Rabu (7/8/2013) lalu pihak berkuasamenegaskan bahawa kedua-dua orang itu adalah HoThanh (82 tahun) dan Ho Lang (41 tahun).

Sang ayah dulu menjalani kehidupan normal bersamakeluarganya di dusun Tra Kem pada waktu PerangVietnam yang melibatkan Amerika Syarikat. Namun, suatuhari isteri dan dua anaknya tewas akibat letupan ranjau.Hal itu membuat Ho Thanh tergoncang. Dia kemudian membawa anak lelakinya yang ketika itu berusia dua tahun dan melarikan diri ke tengah hutan. Setelah itumereka tidak pernah melakukan hubungan dengan oranglain.

Mereka hidup dengan memakan buah-buahan, ubi kayu dari hutan, dan menanam jagung. Keduanya mengenakan cawat yang diperbuat daripada kulit pokok, dan tinggal di sebuah pondok kayu yang dibina lima meter di atas tanah.

Ketika warga tempatan dari jarak jauh melihat dua"orang hutan" itu berlaku tidak normal, mereka memberitahu pihak berkuasa tempatan. Para pegawai membentuk pasukan untuk mengesan mereka, dan mencari mereka pada Rabu lalu selepas pencarian selama lima jam.

Sang ayah boleh bercakap sedikit bahasa Kor, bahasasuku minoriti setempat, tetapi sang anak hanya dapat mengucapkan beberapa kata. Kedua orang itu kini sedang menjalani medical check-up sebagai langkah pertama untuk disatukan kembali ke dalam masyarakat.


Sumber: Kompas.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana