Zahid tidak kompromi pihak pertikai perlembagaan...Terbaik Kena Tegas Dalam Hal Ini

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan beliau tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.

Lebih-lebih lagi ujar beliau, jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memainkan isu-isu yang menyentuh mengenai hal-hal agama, kedudukan raja-raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan.

"Empat perkara dalam perlembagaan, kedudukan raja, bahasa Melayu, agama dan hak istimewa orang Melayu, saya tidak akan berkompromi jika ada pihak yang menyentuh empat perkara dalam perlembagaan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataannya semalam di mana beliau menolak cadangan supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana