Wayang Anwar... dulu, kini dan selamanya....

Jika ikut perancangan parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti 'disediakan' padang yang boleh muat 4,000 orang ketika turun berkempen di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut.Ini kerana kampung itu dikira kubu kuat BN dan PAS mahu guna Anwar untuk tunjuk kempen mereka hebat jika sasaran yang datang cecah target.
Itu perancangan yang 'bocor' ke pengetahuan Agendadaily maka ramai juga petugas media yang dimaklumkan situasi tersebut percaya kempen Ketua Pembangkang itu lebih hebat dari ceramah Datuk Nik Aziz Nik Mat beberapa malam lalu yang dihadiri tidak sampai 1,500 orang.Namun, apakan daya kerana orang Kuala Besut barangkali sudah cukup kenal perangai Anwar bila berceramah. Cakap saja berdegar-degar, hentam sana sini tetapi 'kecek karo samo'.
Sebab itulah, bukan 4,000 yang hadir tetapi tak sampai 1,000 orang pun.Malah jurugambar bebas Jinggo yang buat 'head count' guna mekanikal counter beritahu Agendadaily, jumlahnya kira-kira 800 orang sahaja.
Anwar yang tiba jam 11.30 malam, memulakan ceramah dengan bercerita kisah beliau baru pulang dari Arab Saudi dan bertemu dengan kepimpinan 'Islam' terkemuka di dunia.Cara Anwar bercerita sama saja, beliau juga impress orang dengan kehebatannya, berkawan dengan tokoh-tokoh dunia.

Kata Anwar, lepas hari raya Aidilfitri nanti beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri Turki Tayyib Erdogan"Masa saya bertemu Erdogan nanti, jika Kuala Besut menang..." kata Anwar.Beliau tidak menjelaskan pulak, apa kena mengena Erdogan dengan Kuala Besut.Anwar memulakan 10 minit pertama ucapannya bercerita mengenai Syria dan Mesir yang kini bergolak.

Dalam pada itu Anwar beritahu tidak akan berkempen lagi di Kuala Besut dengan alasan terpaksa menghadiri perbicaraan kes rayuan liwat dua di Putrajaya hari Isnin dan Selasa.

Nampak sangat Anwar berbohong kerana portal Malaysian Insider laporkan kes itu ditangguhkan kerana peguam Karpal Singh sakit dan masuk hospital pada petang Ahad.

Portal pro pembangkang itu siar berita itu siang lagi dan mustahil Anwar tidak tahu kesnya itu tangguh pada sebelah malam, rasanya mereka berpakat apabila Anwar buat-buat tak tahu Karpal masuk hospital.

Atau sebenarnya Anwar gerun nak datang lagi Kuala Besut, tengok cara sambutan, dan jumlah hadirin, nilai Anwar yang selama ini dianggap 'crowd puller' tak berguna di Kuala Besut.

Mungkin itu sebabnya, Anwar ucapkan selamat tinggal pada Kuala Besut. Beliau pulang Ahad malam dan tidak kembali lagi walaupun kempen hanya berakhir Selasa malam. Selamatlah PAS, Che Long dan mimpi 16-16nya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana