WARGA AMERIKA LATIN ANTARA DIKENAL PASTI SAMUN MESIN ATM

Kuala Lumpur, 10 Julai - Polis Kuala Lumpur mengenal pastisekurang-kurangnya tiga kumpulan termasuk yang dianggotai rakyat dari Amerika Latin terbabit dalam kegiatan pecah dan samun mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sekitar ibu negara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mereka dipercayai terbabit dalam sembilan kes termasuk lima yang gagal sepanjang tahun ini.

Kes terbaharu berlaku 6 Julai lepas di Jalan Raja Laut, namun mereka gagal memecahkan mesin ATM itu, katanya pada sidang media mingguan, di sini hari ini.

"...kumpulan ini dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene untuk melakukan jenayah.

"Mereka berusia lingkungan 20an dan 40an ini juga dipercayai aktif melakukan jenayah pecah rumah," katanya.

Empat kes pecah dan samun mesin ATM itu membabitkan wang tunai lebih RM1 juta iaitu di Dang Wangi dengan kerugian RM300,000, Jalan Keramat (RM400,000), Taman Shamelin (RM126,000) dan Alam Damai (RM283,000).

Lima cubaan pula membabitkan mesin ATM di Wangsa Maju, Salak Selatan, Jalan Padang Tembak, Metro Prima dan Jalan Raja Laut.

Mengulas kes lain, Ku berkata polis berjaya memberkas tiga daripada lima suspek yang dipercayai terbabit dalam beberapa kejadian samun hotel bajet dan kafe siber di ibu negara.

Mereka diberkas pada pukul 8 pagi di sebuah hotel bajet di Jalan Ipoh, kelmarin dan dipercayai sedang merancang untuk melakukan jenayah, katanya.

"Kita percaya ada dua lagi anggota kumpulan ini yang kesemua mereka berusia lingkungan 33 dan 42 tahun. Daripada yang diberkas itu ada yang mempunyai rekod jenayah, ada rekod pengakuan bahawa mereka telah melakukan jenayah samun
sebanyak enam kali di sekitar Kuala Lumpur," katanya.

Polis turut merampas pelbagai perkakas untuk pecah rumah selain pedang, telefon bimbit, sarung tangan, topi yang mempunyai lambang polis, pisau rambo, pistol tiruan, walkie-talkie serta sebuah kereta jenis Proton Wira dipercayai kereta curi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/7 Kanun Keseksaan, Akta Bahan-bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana