WAJIB Baca….Perlantikan Azeez GAZA Sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji Satu Keputusan Sangat Tepat…!

Tahniah diucapkan buat Ahli Parlimen Baling, YB Dato’ Haji Abdul Azeez Abdul Rahim yang telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji yang baru…!
Azeez, yang juga anggota Lembaga Pengarah Tabung Haji sejak 2011, menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor yang berkhidmat dengan Tabung Haji sejak Ogos 2007.
Perlantikan Azeez adalah satu keputusan yang sangat bijak dan tepat. Inilah dia tokoh yang paling layak untuk meneruskan kesinambungan Tabung Haji, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji kearah perkhidmatan yang lebih mantap….Apatah lagi dengan pengalaman yang sangat luas dalam bidang perniagaan dunia korporat, Ahli Parlimen Baling ini dijangka akan mampu untuk membawa perbadanan ini mengecapi pembangunan sosio ekonomi sejagat.
Untuk rekod, Dato Abdul Azeez memiliki pengalaman luas dalam bidang perniagaan serta korporat, dan merupakan Pengerusi Eksekutif di beberapa syarikat miliknya iaitu Azeera Management Consultant (M) Sdn. Bhd, Azeera Properties (M) Sdn. Bhd dan Azman Azeez Properties (M) Sdn. Bhd.Pada tahun 2011, beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH sehingga kini. Beliau diberi jawatan penting di dalam dua anak syarikat TH iaitu sebagai Pengerusi TH Real Estate LLC dan Ahli Lembaga Pengarah Theta Edge Berhad dari tahun 2012 hingga sekarang…..
YB Dato’ Abdul Azeez, pernah suatu ketika dahulu dikenali dengan nama Azeez Rempit, kemudian melekat pula nama Azeez Putra dan kini beliau lebih sinonim dengan panggilan Azeez GAZA…!
Azeez sangat berminat dan aktif dalam kerja kerja kebajikan dan sukarelawan. Beliau telah menubuhkan Kelab Putera 1 Malaysia [KP1M] pada 2010 setelah mendapat persetujuan daripada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Azeez berjaya mencipta banyak kejayaan yang telah mengharumkan nama negara kita dipersada dunia apabila membawa KP1M membuat pelbagai bantuan kerja amal dibanyak negara negara luar….
Walaupun ketika itu beliau hanya berbekalkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Baling, namun kerja yang beliau laksanakan jauh lebih mencabar dari beberapa kerat Menteri dan Timbalan Menteri yang hanya tahu buat kerja routine sahaja….
Tidak keterlaluan untuk dinyatakan bahawa KP1M mempunyai ‘standard’ seumpama sebuah Kementerian…! Gerak kerja bersepadu oleh ahli ahli KP1M yang mantap dan jitu dibawah kepimpinan dan ketokohan Azeez…. Lihatlah senarai kejayaan KP1M menyertai misi misi yang membawa kibaran jalur gemilang negara kita.

Misi Bantuan Kemanusiaan dan Penyerahan 10,000 ribut Tilam 1 Malaysia kepada mangsa banjir Kedah & Perlis 2010

Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestine Gaza 2010
Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir Pakistan 2010
Misi Bantuan Kemanusiaan ke Queensland Brisbane, Australia 2011
Misi Bantuan Bencana Alam ke Christchurch, New Zealand 2011)
Misi Kemanusiaan membawa pulang (9000) pelajar Malaysia di Mesir 2011
Misi Bantuan Bencana Alam Tsunami di Jepun 2011
Misi Bantuan Kemanusiaan ke Mogadishu, Somalia 2011
Jejak Warisan Jawi Rentas 7 Negara – Malaysia, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, China & Myanmar 2011
Misi Kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari Indonesia, New Zealand, Filipina, Vietnam 2010 – 2013
Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Letupan Bom di Hatyai, Thailand 2012
Misi Bantuan Kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Myanmar 2012
Misi Bantuan Kemanusiaan kepada pelarian Syiria di Jordan 2012
Misi Bantuan Kemanusiaan & Penyerahan 11,000 ribu Tilam 1 Malaysia mangsa banjir Selangor 2012
Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M & GBG1M (2nd Wave Road to GAZA) Gaza Palestine 2012
Misi Bantuan Kemanusiaan membantu mangsa Taufan Bopha di Filipina 2012
Misi Bantuan Kemanusiaan kepada penduduk dan anggota keselamatan di Lahad Datu, Sabah 2013

Dato’ Azeez pernah diberikan penghormatan yang sangat tinggi apabila dianugerahkan sebagai Duta Kehormat Rakyat Palestine oleh Perdana Menteri (Gaza, Palestin) Hon. Dr Ismail Haniyeh, sewaktu didalam Misi Bantuan Kemanusiaan terhadap Rakyat Gaza, Palestine Kelab Putera 1 Malaysia dan Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia ( 2nd Wave Road to GAZA )
Janganlah ada banyak bunyi suara suara sumbang dengan perlantikan Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji…..
Pinjam kata kata salah seorang veteran UMNO yang pernah bersembang dengan Blogger MIK, apabila diminta komen mengenai Azeez, inilah kata kata beliau,”No one in UMNO can do things and wonders like Azeez…, Dia nie boleh buat semua uphill task! Kerja yang orang tak mampu nak buat, pergi tolong orang, pergi bantu orang susah…, pergi selamatkan nyawa orang…, pergi dok redah gempa bumi, randuk banjir laa, u just name it, nie semua kepakaran si Azeez…”
Sepanjang tempoh beberapa tahun yang lalu, beliau kuat bekerja dan telah berjaya mengharumkan nama negara. Oleh itu, persetujuan untuk memberikan amanah yang besar ini kepada beliau sudah pastilah telah perhalusi dengan sebaik-baiknya oleh YAB Datuk Sri Najib, Perdana Menteri kita.

Jelas terbukti setelah tersenarai diatas tadi satu persatu testimoni yang berjaya diciptakan oleh KP1M dibawah kepimpinan Dato’ Azeez, beliau sememangnya paling layak untuk memimpin sebuah perbadanan yang sangat penting seperti Lembaga Tabung Haji.
Sebagai Ahli Parlimen Baling, Azeez telah berjaya menawan ribuan undi daripada rakyat yang bermastautin di lubuk emas dan kubu kuat parti PAS. Kalau pada PRU tahun 2008 dalam percubaan kali pertama untuk bertanding di kerusi Parlimen Baling, beliau tewas kepada Uztaz Taib Azamudden dengan majoriti 4,229.
Tetapi pada PRU ke 2013, Azeez bangkit dan berjaya menebus kembali kekalahan lalu, kali ini beliau menang bergaya dengan majoriti 5,185 undi. Mengikut sifir politik, kita bukan sahaja perlu mengambil kira bilangan 5,185 undi tetapi harus juga melihat peralihan undi 2008 sebanyak 4,229 yang berjaya dikembalikan oleh Azeez untuk menyokong BN…. Hebat…!!
Mengenali YB Dato Abdul Azeez dimana Blogger MIK sendiri pernah bekerjasama dengan beliau apabila menyertai 3 Misi bersama KP1M. Pernah bersama sama dengan beliau dalam Misi Ops Pyramid membawa pulang 9,000 pelajar Malaysia di Mesir pada tahun 2011, Misi Bantuan Bencana Alam Tsunami Jepun tahun 2011 dan Misi Bantuan Kemanusiaan [2nd Wave Road to Gaza] Palestine tahun 2012.
Azeez adalah seorang insan yang memiliki work rate dan komitmen yang sangat tinggi….! Sifat kasih dan penyayang beliau mendalami perasaan mangsa mangsa bencana alam terserlah dan disedari jelas oleh beberapa rakan media yang pernah menyertai mana mana Misi Khas KP1M.
Masih segar dalam ingatan sewaktu kami sedang bersiap sedia untuk berangkat ke Jepun, tiba tiba salah seorang rakan wartawan melahirkan kebimbangan kerana risiko terlalu tinggi yang diklasifikasikan sebagai Danger of 3 in 1 Package – Gempa, Tsunami, & Ancaman Radiasi kesan dari kebocoran loji nuclear….Dengan bersahaja Azeez memberikan responnya “ Jangan risau bro, kita tawakal kepada allah swt, kita nak buat kerja amal, ingatlah bro Pantang Maut Sebelum Ajal…”. Demikianlah kata kata semangat yang disuntik oleh seorang pemimpin seperti Dato’ Azeez ketika itu….
Semoga Allah memberikan rahmat agar Lembaga Tabung Haji akan terus mencapai kegemilangan dipersada dunia antarabangsa dibawah kepimpinan Dato’ Haji Abdul Azeez Bin Abdul Rahim…..

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana