VIDEO!! Rakan Trauma Lihat Mangsa Tersepit Lif


KUALA LUMPUR – Salah seorang rakan Khairul Amir Azri Lani, 11, yang maut tersepit lif di Perumahan Awam Desa Tun Razak semalam, kini berada dalam keadaan trauma.

Mohd. Noor Irfan Mohd. Isa, 11, nyata tidak dapat melupakan detik-detik kematian Khairul Amir kerana dia merupakan salah seorang daripada 17 individu yang berada di dalam lif tersebut.


Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan itu juga mengakui jeritan Khairul Amir meminta tolong begitu sukar dilupakan dan menghantui fikirannya.

Dia yang sedang mengalami demam pada mulanya begitu sukar didekati.

Namun, Irfan akhirnya menceritakan detik cemas itu selepas beberapa kali ditenangkan.

“Lif itu naik sampai tingkat tiga. Pintu lif itu terbuka, lepas itu lif itu jatuh bawah. Ada dua orang budak nak lompat. Seorang dah kena tarik dah. Lagi seorang itu lompat, tak lepas.”Tiba di sini, Irfan tidak dapat meneruskan kata-katanya buat seketika dan kelihatan seperti amat ketakutan.

Selang beberapa saat, dia menyambung semula ceritanya.

“Dia (arwah Khairul Amir) tersepit dekat atas bumbung lif itu. Lepas itu kaki dia terangkat ke atas.

“Kami duduk di dalam lif saja… tak dapat buat apa-apa,” kata Irfan lagi yang kelihatan begitu sedih.

Perasaan pilu yang sedang menyelubungi kanak-kanak ini amat dirasai dan membiarkannya melayan perasaan sayu dan pilu.

Akhirnya Irfan memberitahu, dia akan menjadikan insiden kematian rakannya di lif tersebut sebagai pengajaran dan tauladan dalam hidupnya.

“Kalau ada kerosakkan lif, jangan panik, jangan cuba nak lompat ke, nak lari-lari ke apa semua. Duduk diam je dalam lif… mesti ada orang akan bantu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana