VIDEO : PAS SEMAKIN PARAH!! DANGDUT DI CERAMAH PRK K. BESUT

Jika dulu kita lihat PAS akan mengisi setiap ruang yang ada untuk berceramah tentang politik atau agama tetapi kini sudah ada perbezaan disitu. Kini PAS menganjurkan konsert serta cabutan bertuah untuk menarik perhatian agar orang ramai atau pengikut mereka mengikuti pilihanraya kecil. Lihat video di bawah.

Segala-segala sudah berubah secara dasarnya..jika dulu mereka mengatakan bahawa konsert atau nyanyian atau apa sahaja yang berbentuk hiburan adalah haram kerana boleh melalaikan..tapi kini PAS melakukan perkara perkara tersebut.

Pasti anda masih ingat bagaimana mereka pernah mengatakan bahawa himpunan belia di Putrajaya sebagai satu bentuk program yang melalaikan belia..tapi kini PAS melakukannya di Kuala Besut.

Sudah tiada ceramah agama atau tazkirah sempena bulan Ramadhan tetapi ianya digantikan dengan nyanyian daripada penyanyi dangdut yang kononnya sudah kembali ke pangkal jalan.

Tapi setakat mana Iwan ini sudah insaf? Adakah hanya dengan menyertai PAS maka beliau diangkat sebagai pejuang agama? Tepuk dada tanya iman..kemana hala tuju PAS kini untuk membela agama Islam yang diwar-warkan selama ini.

Demi untuk mempastikan kemenangan dan merealisasikan impian berpihak kepada mereka, Pas sanggup melakukan apa saja dengan menghalalkan cara. Hukum agama dipinggirkan demi sebuah kuasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana