Tutup Bazar Ramadhan, Batal Program Agama : Pas Terus Main Politik Selamat

KUALA LUMPUR 1 Julai – Pas dilihat mengambil jalan selamat apabila berdiam diri berhubung pembatalan program yang dihadiri oleh Pendakwah bebas, Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz atau dikenali sebagai Ustaz Kazim di Pulau Pinang.

Pendakwah Bebas Ustaz Toharudin Yaakob berkata parti itu juga dilihat mengambil jalan yang serupa berhubung dengan apa yang telah dibangkitkan oleh ahli Parlimen pembangkang dari DAP baru-baru ini berkenaan penutupan bazar Ramadhan.

Menurut beliau tindakan tersebut jelas memperlihatkan Pas bermain dengan politik selamat atau takut diherdik rakan muka sekutunya walaupun kedua-dua perkara terbabit berkaitan kepentingan agama Islam dan orang Melayu.

“Takkanlah dalam perkara seumpama itu pun Pas nak berpolitik…Saya cukup tak faham apabila Pas berdiam diri dalam soal berkenaan. Apakah yang menyebabkan mereka mengunci mulut dan bertindak sedemikian rupa?“Sekurang-kurangnya tunjukkan keberanian sepertimana yang ditunjukkan terhadap UMNO atau kerajaan apabila timbulnya sesuatu isu dan apatah lagi melibatkan soal-soal agama seperti di atas. Jika terlepas pandang atau terdapat sebarang kenyataan daripada pimpinan mereka, harap mereka perbetulkan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau yang mengulas lanjut seterusnya menambah retorik Pas makin hari makin terdedah dan isu yang berlaku di atas menjadi bukti bagaimana Pas seolah-olah hanya berani menentang lawannya dan bukannya berani menegur sekutu mereka.

“Ke mana hilangnya suara-suara yang garang sebelum ini..Saya cukup tidak faham dengan apa yang berlaku itu. Biarlah rakyat melihat permainan yang ditunjukan oleh Pas itu.

“Bagi saya secara peribadi, tindakan tersebut hanyalah gambaran kepada jalan selamat parti berkenaan yang terikat dengan perjanjian dalam pakatan walaupun perkara itu jelas membabitkan kepentingan agama,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana