Tun melihat perkembangan politik negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13

DR. MAHATHIR: Kesan daripada PRU-13 berkait rapat dengan rasisme yang semakin menebal dan ia perlu diambil kira oleh semua pihak memandangkan masa depan negara tidak berapa baik kerana perkara ini.

Kalau diperhatikan pemisahan antara kaum telah membuatkan kita semakin jauh sehingga sudah sampai ke tahap ada yang berani mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan.

Kita sudah beri kebebasan apabila tiada lagi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sebagainya, namun mereka semakin berani dengan menghina Nabi Muhammad SAW, mengeluarkan kenyataan yang menghina orang Islam yang berpuasa dan sebagainya.

Semua ini tidak pernah berlaku kerana dahulu semua kaum di Malaysia menyokong Barisan Nasional (BN).

Kita menang dengan kelebihan yang tinggi melebihi dua pertiga tetapi kini oleh kerana orang Cina langsung tidak menyokong BN manakala orang Melayu pula berpecah tiga kumpulan, maka kita lihat kerajaan yang didirikan sekarang tidak mendapat sokongan yang mencukupi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana