Tujuh hari berlalu....PAS silap langkah di Kuala Besut

Selepas genap tujuh hari berkempen untuk PRK Kuala Besut, PAS pada malam Khamis mengadakan ceramah 'besar' dengan menggunakan Muryidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai 'crowd puller'.

Malangnya ceramah yang dibuat betul-betul di sebelah Masjid Pengkalan Udara Kem Gong Kedek -jika diukur dengan skala kehadiran biasa ceramah big gun PAS- GAGAL.

Sesama wartawan yang menghadiri ceramah mega tersebut dok bertelingkah mengenai jumlah kehadiran, ada yang kata 500, 800, 1500 dan paling banyakpun kata 2000.

Yang 500 ke 800 ambik kira jumlah hadirin yang dengar ceramah, dan yang 1500 ke 2000 itu ambil kira jumlah keseluruhan hadirin termasuk yang duk melepak di kedai-kedai makan, atau berbual sesama sendiri di kawasan sekitar.

Dalam kata lain, bisa Nik Aziz tak sekuat dulu-dulu. Beliau sendiri yang tiba kira-kira jam 11.15 malam, hanya mula berceramah pada jam 11.35 malam dan berakhir lebih kurang jam 12.00 tengah malam.

Dalam kata lain, Nik Aziz yang PAS war-warkan sebagai penceramah utama mereka, lebih banyak menghabiskan masa mendengar ceramah dari memberikan ceramah.

Beliau memulakan ucapan dengan nada perlahan, orang kata 'dok rok dah' atau tak larat dah.
 Ceramahnya pula amat membosankan dengan serangan tidak sudah-sudah pada UMNO yang mengambarkan dendam kesumatnya terhadap UMNO tidak pernah padam walaupun tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan.Sepanjang ceramahnya beliau tidak menyebut mengenai calon PAS Kuala Besut Azlan @Endut Yusof.

Azlan yang berada di kerusi atas pentas juga tidak berucap langsung. Beliau hanya diperkenalkan oleh pengerusi majlis Nik Zawawi Nik Salleh.

Nik Aziz hanya berucap menghentam UMNO dan memuji kerajaan Kelantan yang diperintahnya selama 23 tahun, sehingga lupa menyebut, memperkenalkan atau menyuruh hadirin mengundi calon PAS.

Pun begitu, mesti diakui, jumlah kehadiran ceramah Nik Aziz Khamis malam merupakan yang terbesar sejak PRK Kuala Besut.

Deretan kereta yang diletakkan dikiri-kanan jalan menyebabkan kesesakan kepada pengguna lain.

Namun ada yang berhujah, melihat deretan kereta tersebut, jangan-jangan yang hadir adalah orang luar, yang mahu mendengar 'amanat tok guru', bukan pengundi DUN Kuala Besut.

Tanpa ambil kira, samada yang hadir itu orang luar atau pengundi DUn Kuala Besut, kira ceramah Nik Aziz ini pecah rekod kehadiran pengunjung, kerana pada malam-malam sebelum itu, walaupun penceramah PAS seperti Datuk Husam Musa, Mat Sabu, Hanifa Maidin, jumlahnya datang mendengar rata-ratanya 300 ke 500 orang saja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana