Tony Dakwa Polis Manipulasi Fakta Melalui `Maklumat Tidak Rasmi’...

KUALA LUMPUR – Pasukan keselamatan  negara terus menjadi sasaran pembangkang  apabila Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara)  mendakwa polis memanipulasi indeks jenayah di  negara ini, khususnya berhubung statistik jenayah  bukan indeks (non-index crime).

Lebih menimbulkan persoalan, Tony mengakui  fakta tersebut diperolehinya melalui `maklumat  tidak rasmi.’

“Indeks jenayah dari 2007 hingga 2011 dikatakan  menurun sebanyak 25 peratus. Tetapi kerajaan  dan pihak polis tidak mengumumkan dan kita  dapat tahu secara yang tidak rasmi bahawa  jenayah bukan indeks pada masa sama meningkat  sebanyak 69 peratus.

“Ini jelas menunjukkan pihak polis memanipulasi  statistik di mana kes jenayah yang sepatutnya ada  dalam indeks jenayah, diagih dan dipindahkan  kepada jenayah bukan indeks. Sebab itu walaupun  indeks jenayah turun, jenayah bukan indeks  meningkat dengan begitu mendadak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan  Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan  Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Tony terus membidas akhbar  Utusan Malaysia kerana didakwa berbohong  berhubung kenyataan beliau mengenai isu  penutupan bazar Ramadan.

Dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen  beberapa hari lalu, Tony secara jelas memberi  alasan jika operasi peniaga di Jonker Walk,  Melaka menganggu lalu-lintas, pihak berkuasa  juga perlu menutup operasi pasar tani, pasar  malam dan bazar Ramadan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana