Tengku Zaihan: "Saya Anak Tempatan...Lahir & Dibesarkan Di Sini..." Jadinya Siapa Pembohong Ni?

BESUT: Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menafikan serangan PAS yang mendakwa beliau bukan anak tempatan serta tidak dikenali pengundi tempatan.

Menurut Tengku Zaihan, beliau memiliki sebuah rumah di Taman Seri Seratus di sini sebelum dipindahkan ke Putrajaya tiga bulan lalu.

"Saya memang anak tempatan, lahir di sini dan dibesarkan di sini.

"Keluarga saya memiliki rumah di Kampung Nail...saya selalu juga balik ke sana, katanya ketika ditemui sewaktu bertemu pengundi di Pasar Tani Kuala Besut di sini, Isnin.

Beliau mengulas mengenai dakwaan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa Tengku Zaihan tidak dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut.

Malah PAS turut mendakwa pemilihannya sebagai calon tidak mendapat restu pemimpin tempatan.

Jurutera awam itu berkata, beliau juga merupakan pengundi di Kuala Besut.

"Macam mana saya dikatakan bukan orang tempatan sedangkan saya sendiri akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana