Teka Teki Sudah Terjawab....Ustaz Azhar Idrus bukan calon PAS di Kuala Besut...

KUALA TERENGGANU: Nama Ustaz Azhar Idrus, buat masa ini tidak berada dalam senarai calon pilihan PAS untuk diketengahkan pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Perkara itu disahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika menjawab soalan pemberita mengenai desas-desus pendakwah terkenal itu akan dipilih mewakili pembangkang.

Menurut Wahid, ikon agama itu tidak berminat bertanding bagi mewakili parti politik.

“Dia orang Ladang (kawasan di bandar Kuala Terengganu), orang sini. Banyak maklumat yang kita terima menyatakan dia tidak berapa minat bertanding.

"Tetapi kita tengoklah nanti (apakah beliau ingin bertanding) suatu masa nanti kerana belum muktamad,” katanya.

Setakat ini, difahamkan PAS telah menyenaraikan beberapa nama termasuk Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad yang juga dikenali sebagai Ustaz Azhar.

Selain Wan Azhar, bekas calon PAS di kerusi DUN Kuala Besut pada PRU13 lalu, Napisah Omar turut disenarai pendek.

“Antara banyak nama yang naik, termasuk nama Ustaz Azhar (Wan Azhar Wan Ahmad), dia sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan (Besut),” katanya.

Beliau menjelaskan, kebanyakan senarai nama adalah daripada kalangan anak tempatan dan pihaknya sedang meneliti perkara itu untuk mengetengahkan calon terbaik bagi memastikan kemenangan PAS.

Wahid pada sidang akhbar itu turut menamakan ADUN Paka yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Negeri.

“Jentera pilihan raya sudah kita lantik dan lepas ini, kita akan pastikan jentera kita bergerak lancar,” katanya.

Kerusi DUN KUala Besut kosong berikutan kematian wakil rakyat Dr Abdul Rahman Mokhtar, 55, awal minggu lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana