Teguran KJ.....Keselamatan penonton dalam stadium perlu dikaji

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta pihak pengurusan Perbadanan Stadium membuat satu kajian bagi mengenal pasti masalah melibatkan tahap keselamatan penonton.

Pada perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Kelantan dan Johor Darul Takzim pada Sabtu lepas, ada dalam kalangan penonton berjaya membawa masuk bahan terlarang seperti mercun dan suar ke dalam stadium.

Beliau berkata kajian itu perlu mengenal pasti kelemahan di pintu-pintu masuk stadium sehingga bahan terlarang tersebut terlepas daripada pengawasan pihak keselamatan.
"Dari segi keselamatan sesebuah venue untuk acara sukan, biasanya tanggungjawab adalah dari persatuan sukan yang mana ia juga melibatkan pihak polis dan pihak stadium.

"Jadi mereka mestilah menyediakan kawalan keselamatan lebih ketat untuk penonton masuk ke stadium," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa venue Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 (hari ini.

Khairy turut menyaksikan perlawanan polo air, judo, gimnastik artistik dan lawan pedang.

Beliau berkata peraturan keselamatan stadium juga perlu dikaji semula dengan mengambil kira faktor jumlah penonton terlalu ramai seperti yang dilihat pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lepas.

"Jadi saya harap persatuan yang terlibat boleh memperbaiki lagi kawalan keselamatan yang sedia ada sekarang," katanya. - Bernama

Bagi Admin Betul lah tu..kalau ada apa apa yang tidak di ingini seperti ada kematian dan sesak nafas dengan Asap Mercun..orang ramai sudah tentu akan menyalahkan pihak kerajaan plak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana