Tebang balak, korek pasir: K'jaan PAS 'tak salah', kata BN

SHAH ALAM: Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad tidak menyalahkan kerajaan negeri yang diterajui PAS kerana menjalankan pembalakan dan mengorek pasir secara berterusan sehingga mengakibatkan Sungai Kelantan semakin cetek.

Katanya, beliau faham kerajaan negeri Kelantan terpaksa cari sumber hasil walaupun tindakan mereka itu dikenal pasti sebagai punca utama sungai berkenaan cetek dan berlaku mendapan sehingga menyukarkan kerja pengaliran air ke sawah padi.

Petani di Kelantan dilaporkan mengalami kerugian mencecah ratusan juta ringgit kerana tindakan kerajaan negeri itu memberikan impak sehingga pengeluaran padi setiap tahun semakin merosot.

"Pasir diambil kerajaan negeri untung, tapi tidak cukup menampung hasil padi yang beratus juta.

"Bila petani tidak boleh hasilkan padi, petani akan rugilah, bila petani rugi, aktiviti pembalakan yang menguntungkan kerajaan negeri ini tetapi merugikan petani.

"Kita tidak menyalahkan kerajaan negeri, kerajaan negeri pun terpaksa cari sumber hasil," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Mohd Alwi, ekosistem hutan di negeri itu sepatutnya perlu dipelihara dalam kerakusan kerajaan negeri mengejar pendapatan agar para petani tidak terbeban dengan kesan yang dihadapi akibat sungai yang semakin cetek.

"Kita perlu kerjasama daripada semua orang termasuk kerajaan negeri untuk menjadikan ekosistem lancar, hutan mesti lestari, sungai mesti dijaga, rumah pam mesti elok. Kerajaan Persekutuan ada tanggungjawab, kerajaan negeri pun begitu," jelasnya.

Sehubungan itu, Mohd Alwi turut berharap, kerajaan negeri pimpinan PAS itu bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan demi memastikan ekosistem hutan negeri Kelantan tidak terjejas sekaligus mengakibatkan pengeluaran padi merosot.

Hari ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata punca utama sungai Kelantan cetek adalah kerana kegiatan penebangan balak dan mengorek pasir secara berterusan.

Lebih merisaukan lagi kata Ismail, apabila ia memberikan impak pengeluaran padi yang semakin merosot setiap tahun, sekaligus merugikan petani.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana