Tarik Balik Fitnah Itu Mustaffa Ali – Abang Calon BN Dun Kuala Besut

Tengku Zahrin Che Ku Abdul Rahman meminta pihak yang menfitnah adiknya, Tengku Zaihan Ustaz Che Ku Abdul Rahman (calon BN PRK Kuala Besut) bukan kelahiran Kuala Besut supaya menarik balik kenyataan itu

Beliau berkata,  ibunya sendiri semalam telah membuat penjelasan bahawa adiknya itu Tengku Zaihan adalah anak jati Kuala Besut dilahirkan di Kampung Nail, Kuala Besut.

  Tengku Zahrin telah menunjukkan tapak rumah lama ibubapanya di Kampung Nail serta sungai Nail tempat adiknya Tengku Zaihan bermain-main dan mandi-manda semasa kanak-kanak.

Baru-baru ini, Setiuasaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali menyatakan bahawa calon BN Tengku Zaihan bukan kelahiran Kuala Besut.
Kenyataannya itu dibuat dalam satu sidang akhbar berasaskan apa yang dia dengar dari orang ramai bercakap.Bagi Tengku Zahrin, kenyataan dari ibunya dan keluarganya sendiri adalah kebenaran, mengapa harus dipercayai pihak lain.

Sehubungan dengan itu beliau berharap pihak tertentu menarik balik kenyataan menfitnah adiknya itu supaya tidak timbul kekeliruan para pengundi di Dun Kuala Besut.“Yang benar tepat benar, fakta tidak boleh dipinda lagi,” katanya yang menyatakan bahawa seluruh ahli keluarganya telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan bagi memberi sokongan kepada adiknya Tengku Zaihan, sebagai calon BN untuk memenangi PRK Kuala Besut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana