Tapak pangsapuri milik kerajaan, tak timbul BN rampas tanah - MB

JERTIH: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semalam menjelaskan tapak pembinaan pangsapuri di Kampung Tok Saboh adalah milik kerajaan dan bukannya dirampas daripada penduduk miskin.

Ahmad menjelaskan, sebenarnya pada 1999 Kerajaan PAS Terengganu memberi tanah kepada masyarakat tanpa menyertakan dokumen pemberian tanah yang jelas menyalahi undang-undang berkaitan pentadbiran tanah.

“Mengikut undang-undang pentadbiran tanah, hanya kerajaan berhak memberi tanah. Parti tidak ada hak. Kalau hendak beri tanah, penerima tanah itu harus membayar harga tanah, upah mengukur tanah, batu sempadan dan cukai tahun pertama.

“Jadi, tidak timbul cerita BN merampas tanah yang sudah diberikan kerajaan PAS kepada rakyat kerana itu memang tanah kerajaan,” katanya pada sidang media selepas perasmian pecah tanah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Peroi yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau diminta mengulas tuduhan pembangkang, tapak pembinaan 72 unit pangsapuri di Kampung Tok Saboh yang dilancarkan Muhyiddin Sabtu lalu adalah tanah dianugerahkan kepada penduduk miskin di kampung.

PAS mendakwa, penduduk kampung membina rumah papan di tanah berkenaan tetapi dirobohkan pihak berkuasa tempatan (PBT) berikutan ia tanah kerajaan selepas BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum 2004.

Ahmad berkata, beliau sendiri berpengalaman luas dalam pentadbiran tanah kerana pernah bertugas di Pejabat Tanah dan Galian.

“PAS memberi tanah tetapi tanahnya tidak tahu di mana. PAS panggil syarikat swasta untuk ukur tanah tetapi tidak mengisi borang penting berkaitan pemberian tanah.

“Bukan kerja BN untuk merampas tanah penduduk. Inilah permainan PAS yang cuba mengelirukan orang ramai,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana