Sumpah Baiah Calon PAS Fasiq – Ustaz Rujhan

Penceramah bebas, Ustaz Rujhan A. Rahman berkata, sumpah bai’ah yang dibuat oleh calon PAS di PRK Kuala Besut adalah satu bentuk sumpah fasiq iaitu rosak.

Ini kerana jelasnya, sumpah yang dilakukan itu bukanlah sumpah yang berkaitan dengan agama Islam memandangkan PAS adalah sebuah parti dan bukan membawa maksud PAS adalah Islam.

“Pas sama seperti PKR, DAP mahupun UMNO. PAS adalah parti politik. Sebab itu sumpah yang dibuat oleh pemimpin PAS ataupun calon PAS di Kuala Besut adalah satu sumpah bai’ah yang rosak. Tidak boleh digunapakai,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Menerangkan dengan lebih lanjut beliau berkata, di dalam agama Islam memang terdapat sumpah bai’ah dan ianya pernah digunakan semasa zaman Rasulullah dengan sekiranya seseorang itu melanggar sumpah yang dibuat maka ianya akan dilaknat oleh Allah.
Namun jelasnya, PAS telah menyalahgunakan sumpah tersebut dan membuatkan ahli parti itu menganggap bahawa PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS.
“Sumpah bai’ah ini dilaksanakan berkaitan agama Islam bukan berkaitan parti politik. Perlu diingat bahawa PAS adalah sebuah parti. Ini sama sekali bercanggah dengan bai’ah yang terdapat dalam agama Islam.
“PAS mempergunakan bai’ah yang terdapat di dalam agama demi kepentingan politik. Tindakan PAS ini lebih banyak menimbulkan fitnah di dalam agama. Hukum menfitnah pula lebih besar daripada membunuh. PAS sebenarnya telah membunuh elemen suci di dalam agama Islam.
“Sejak PAS berbaik dengan DAP, PAS telah melonggarkan hukum agama demi kepentingan politik. Ini jelas menunjukkan PAS telah jauh tersasar daripada landasan agama itu sendiri,” jelasnya lagi.
Tambah Ustaz Rujhan, tindakan PAS menyuruh calonnya bersumpah bai’ah secara tidak langsung menunjukkan bahawa PAS tidak percaya kepada calonnya sendiri kerana sekiranya PAS yakin dengan calon pilihan mereka maka mengapa perlu ada sumpah bai’ah.
“Oleh itu, saya menyeru kepada umat Islam agar jangan terpedaya dengan taktik PAS yang mendatangkan kesan buruk kepada agama Islam itu sendiri. Jangan terpedaya kononnya PAS adalah Islam kerana PAS adalah sebuah parti yang sama seperti DAP, PKR mahupun UMNO,” jelasnya lagi.
Sementara itu, lafaz baiah tersebut berbunyi:
“Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.
“Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana