Sudah 2-0...PKR kalah petisyen,BN kekal di Parlimen Machang

m
engikut kedudukan terkini sudah 2-0.Ini ekoran keputusan Mahkamah Pilihanraya di Kota Bharu Selasa menolak petisyen PKR bagi membatalkan keputusan pilihanraya kawasan parlimen Machang yang dimenangi oleh calon BN.

Pada PRU13 lalu, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang juga Ketua UMNO Bahagian Machang mengalahkan calon PKR, Wan Zawawi Wan Ismail dengan majoriti 805 undi.

Petisyen difailkan oleh Wan Zawawi.

Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim yang menolak petisyen itu dengan kos berkata, pihak pempetisyen telah gagal mematuhi beberapa peraturan mengikut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000 kepada responden pertama iaitu Ahmad Jazlan dan masing-masing RM15,000 kepada responden kedua dan ketiga itu Pegawai Pengurus Pilihan Raya serta Suruhanjaya Pilihan Raya.

Zamani menjelaskan, kegagalan utama pihak pempetisyen dalam kaedah itu ialah notis kelayakan peguam yang hanya membenarkan peguam Hisham Fauzi mewakili pempetisyen dan bukannya penama lain dan satu lagi alasan adalah hujahan yang tidak menepati kaedah yang sama.

Pada Rabu lepas, peguam mewakili BN, Datuk Mohd. Hafarizam Harun membantah kehadiran tiga peguam untuk mewakili pempetisyen bagi Parlimen Machang iaitu R. Sivarasa, Latheefa Koya dan Muhammad Afiq Muhammad Noor.

Menurut Mohd. Hafarizam, ketiga-tiga peguam itu tidak boleh mewakili pempetisyen itu kerana mereka bukan peguambela yang dilantik oleh pempetisyen mengikut Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Pada PRU13 5 Mei lalu Ahmad Jazlan berjaya memenangi kerusi P.29 Parlimen Machang dengan memperolehi 25,660 undi.Wan Zawawi dapat 24,855 undi.

Majoriti Ahmad Jazlan ialah 805 undi. Undi rosak 729.

Pada 10 Julai lalu Mahkamah Pilihan Raya di Kota Bharu menolak petisyen yang difailkan PAS untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising yang dimenangi BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana