Subjek wajib Tamadun Islam: Dr Asri kecewa dengan DAP

SHAH ALAM: Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini melahirkan kekecewaannya berhubung kenyataan pemimpin DAP yang berpendapat, Tamadun Islam tidak seharusnya dijadikan subjek wajib di Institusi Pengajian Tinggi (IPTS) tempatan.

Menurut beliau, tiada apa yang salah dalam menjadikan Tamadun Islam sebagai subjek wajib kerana ia hanya pengetahuan umum berhubung agama Islam.

"Saya sentiasa cuba untuk mengharmonikan hubungan antara orang Islam dan bukan Islam. Saya sentiasa memberi tafsiran yang baik-baik berhubung kenyataan DAP," katanya dipetik Free Malaysia Today (FMT).

"Tetapi kali ini, ia adalah sangat jelas bahawa DAP telah menjadi begitu takut apabila perkataan 'Islam' digunakan. Ia (subjek) hanya maklumat umum mengenai Islam, mengapa mereka bertindak balas dengan cara demikian?" soalnya.

Malah, Mohd Asri berkata, mata pelajaran itu "tidak menjejaskan mana-mana keharmonian" di kalangan rakyat di negara ini dan mempersoalkan tindakan DAP yang mahu menentangnya.

"Perkara ini telah menjadi wajib selama ini. Mengapa tiba-tiba perlu membangkitkan isu ini?

"Ia memberikan gambaran bahawa mereka adalah anti hal-hal yang berkaitan dengan Islam. Ini mewujudkan satu persepsi negatif," katanya.

Jelas beliau, pengajian Tamadun Islam perlu diwajibkan kerana majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam, justeru tidak salah untuk bukan Islam memahami sedikit sebanyak perihal agama itu.

"Ia adalah sangat umum mengenai Islam... tentang sejarah dan latar belakang. Itu sahaja. Saya tidak melihat ia sebagai isu yang besar," katanya.

Mohd Asri juga turut menyamakan Tamadun Islam dengan Bahasa Melayu, yang digunakan secara meluas di negara ini.

Oleh itu, tidak ada yang salah untuk pelajar-pelajar bukan Islam untuk memahami agama utama di negara ini.

"Terdapat juga subjek lain yang diwajibkan untuk pelajar. Mengapa mereka tidak menentang mereka (mata pelajaran)?

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook baru-baru ini berkata meskipun subjek itu seharusnya digalakkan tetapi ia tidak seharusnya dijadikan subjek wajib.

“Pemahaman terhadap kepelbagaian tamadun adalah sesuatu yang baik dan seharusnya digalakkan dalam sistem pendidikan negara kita. Malah, DAP pernah beberapa kali menganjurkan dialog ketamadunan berlainan untuk memupuk persefahaman dan hormat-menghormati antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia,” katanya.

Tambahnya, meskipun DAP menghargai usaha untuk memperkenalkan subjek Tamadun Islam, namun, ia seharusnya diperkenalkan sebagai subjek elektif dan bukannya subjek wajib.

Menurut Loke, pendekatan untuk mewajibkan pembelajaran subjek ini memberikan satu gambaran yang negatif di kalangan pelajar bahawa mereka terpaksa mempelajari subjek tersebut tanpa kerelaan.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata subjek itu bukan sahaja perlu dipupuk di peringkat pengajian tinggi sebaliknya ia perlu diterapkan di peringkat sekolah menengah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana