Siaran langsung pengiraan undi Kuala Besut...

Pilihanraya Kecil Kuala Besut bakal mencatat sejarah baru proses demokrasi di Malaysia jika SPR membenarkan rancangan RTM membuat liputan secara langsung proses pengiraan undi nanti.

Ini timbul berikutan pembohongan yang disebarkan meluas semasa PRU13 lalu, konon banyak tempat berlaku 'blackout' sedangkan semakan mendapati ia tidak benar.

Termasuk al kisah sekeping gambar yang tersebar kononnya proses kira undi dibuat dalam suasana 'blackout' namun hakikatnya perkara tersebut tidak berlaku.

Berikutan itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, usaha itu bagi membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan proses pilihan raya yang dijalankan dengan telus dan adil.

"Orang tahu mengira undi bermula 5 petang, orang tahu kalau berlaku 'blackout' pada 5 petang pun gambar masih terang lagi, orang boleh menontonnya secara langsung.

"Saya akan bincangkan ia dengan pihak teknikal (RTM)," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Seminar Media dan Pilihan Raya Umum 2013 anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini.

Menurutnya, beliau akan meyakinkan SPR untuk melaksanakan cadangan itu dan akan berbincang dengan pihak RTM untuk menjadikannya satu kenyataan.

"RTM adalah media kerajaan dan kita patut dibenarkan untuk berada di dalam bilik pengiraan undi sehinggalah keputusan diumumkan," katanya.

Ahmad Shabery berkata pertemuan beliau dengan SPR itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Kerusi Parlimen Kuala Besut, Terengganu kosong selepas penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 26 Jun lepas.

Tarikh pengundian dijangka diumum esok selepas SPR mengadakan mesyuarat khas berhubung perkara itu di ibu pejabatnya di Putrajaya.

Ditanya sama ada media lain juga akan dibenar berbuat demikian, Ahmad Shabery berkata ia mungkin tidak praktikal dan akan menganggu pihak SPR menjalankan tugas.

Sementara itu, Ahmad Shabery yang juga Anggota Parlimen Kemaman berkata beliau yakin Barisan Nasional mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Besut.

"Difahamkan, jentera pilihan raya pun telah bersedia dan mood rakyat berada dalam keadaan yang baik. Jadi, kita rasa tiada sebab untuk rakyat tidak bersama dengan kerajaan pada hari ini," katanya.

Sementara itu, dakwat kekal akan digunakan pada PRK Kuala Besut walaupun beberapa kelemahan penggunaannya dikenal pasti pada PRU13  yang lalu, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, penggunaan dakwat kekal sudah menjadi sebahagian daripada peraturan pilihan raya di negara ini dan ia perlu diteruskan kerana jika tidak, sesuatu pilihan raya boleh terbatal atau menjadi tidak sah.

“Kita akan cari dakwat yang lebih baik. Ini pengalaman pertama kita guna dakwat kekal, sudah tentu banyak kelemahan berlaku seperti dakwatnya boleh dibasuh, lambat kering dan mengotorkan kertas undi,” katanya.

Ketika ditanya mengenai warna dakwat yang bakal digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut, Abdul Aziz berkata ia tidak boleh diumumkan kerana dikhuatiri akan disabotaj.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana