Sejak "Emergency Ordinance" (EO) ditarik balik pada 2011, dikatakan kadar kegerunan terhadap jenayah semakin naik.

Dikatakan juga sejak akta tersebut yang boleh digunapakai bagi menjaga ketetenteraman awam dan juga pencegahan jenayah dimansuhkan, bekas-bekas pesalah di bawah EO yang dibebaskan jugalah yang paling banyak melakukan jenayah.

Sedikit petikan daripada akhbar Utusan Malaysia hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata:
"Masalah utama kes tembak tidak dapat diselesaikan adalah kerana saksi takut untuk tampil bekerjasama sehingga gagal membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan. "
"Saksi takut kerana bimbang akan menerima ancaman atau balas dendam oleh ahli kumpulan yang terlibat. Apabila saksi tidak mahu tampil ke depan, bagaimana mahu bawa kes ke mahkamah."

Untuk catatan, undang-undang sedia ada memperuntukkan saksi supaya berada di mahkamah bagi memberi keterangan, sedangkan menerusi EO, keterangan saksi boleh diambil tanpa saksi perlu berada di mahkamah, justeru butir-butir saksi tidak akan terlepas ke tangan penjenayah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana