Sazzy Tak Sokong Alvin, Vivian

Pengacara dan pelakon, Sazzy Falak menyangkal dakwaan bahawa dia telah berkongsi artikel ke arah menyokong tindakan pasangan kontroversi, Alvin dan Vivian di laman Facebook miliknya.

Menurutnya, artikel berkenaan secara tidak sengaja dikongsi oleh salah seorang rakan yang juga mempunyai akses laman sosialnya itu.

“Bukan saya yang kongsi artikel tersebut di laman Facebook saya.

” Tetapi saya mungkin tahu siapa yang berkongsi artikel tersebut, bagaimanapun saya pasti tujuannya bukan untuk menjatuhkan saya,” katanya.

Semalam, pelakon ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminatnya apabila berkongsi sebuah artikel mengenai pasangan kontroversi, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24 yang didakwa menghina umat Islam sempena awal Ramadan lalu.

Menganggap tindakan yang dikenakan ke atas pasangan itu sebagai tidak adil, penulis sebenar artikel itu turut menyentuh mengenai pendiriannya sebagai seorang muslim.

Menurut Sazzy adalah sesuatu yang tidak betul jika dia memberikan sebarang komen mengenai isu tersebut, memandangkan dia sendiri tidak mengikutinya.

?Apa yang saya boleh kata, sebagai rakyat di negara berbilang kaum pasangan kontroversi ini juga seharusnya lebih sensitif dengan perkara berkaitan agama dan budaya .

“Saya harus membaca kembali apa sebenarnya yang dilakukan oleh mereka berdua, bagaimanapun melihat respons orang ramai, pastinya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

“Saya pasti mereka seharusnya lebih sensitif mengenai hal ini. Dan saya tidak rasa ia bukan sesuatu perkara yang lucu, memandangkan perkara ini berkaitan agama dan budaya,” katanya.

- UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana