Remaja perlu hayati Rukun Negara - Lam Thye

KUALA LUMPUR 16 Julai - Tindakan tidak bertanggungjawab seperti mempersenda agama dan kepercayaan kaum lain mampu dielakkan jika setiap rakyat menghayati nilai yang terkandung dalam prinsip Rukun Negara.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, tindakan seperti dilakukan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersenda agama Islam dan bulan Ramadan di laman Facebook mereka jelas menunjukkan kurangnya kefahaman terhadap prinsip tersebut dalam kalangan remaja.

Menurut beliau, lima prinsip Rukun Negara merupakan tunjang dan asas penting yang perlu dipraktikkan masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara.
"Namun, apa yang menyedihkan prinsip yang diajar ketika di bangku sekolah itu sekadar dihafal dan dibaca tanpa dihayati sehingga menyebabkan mereka tersasar jauh daripada landasan dan peraturan yang perlu dipatuhi di sebuah negara berbilang kaum," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas isu penghinaan terhadap kesucian agama Islam yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini termasuk yang dilakukan pasangan Alvin dan Vivian yang mempersenda kesucian Ramadan baru-baru ini.
Dalam perkembangan sama, Lam Thye menyambut baik cadangan membawa isu penghinaan terhadap Islam itu ke Kabinet memandangkan melibatkan keharmonian kaum dan perlu ditangani segera.

Tambahnya, kerajaan juga perlu bertegas dan tidak membiarkan penghinaan itu terus dilakukan pihak-pihak tidak bertanggungjawab."Bagi saya individu yang tidak mempunyai sifat hormat-menghormati serta nilai kemasyarakatan tinggi hingga sanggup menghina agama kaum lain sememangnya tidak layak menetap di negara ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana