Rafizi Berfikiran Sempit, Tidak Matang

KUALA LUMPUR – PPP mengecam keras  rancangan Pengarah Strategi Parti Keadilan  Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli untuk  memboikot media utama dengan menyifatkan  pemimpin pembangkang itu sebagai individu yang  berfikiran sempit dan tidak matang.

Ketua Penerangan PPP, Datuk A.  Chandrakumanan berkata, rancangan itu juga  menunjukkan Mohd. Rafizi serta para pimpinan  pembangkang sebenarnya takut dengan  pendedahan media arus perdana tentang  perbuatan dan penyelewengan di negeri yang  ditadbir mereka.

“Kenyataan (Mohd.) Rafizi adalah tindakan  pengecut dan perbuatan kerajaan Pulau Pinang  yang tidak membenarkan Utusan Malaysia untuk  membuat liputan semasa sidang Dewan  Undangan Negeri mereka baru-baru ini adalah  satu tindakan pengecut.

“Ini menunjukkan betapa sempit pemikiran Ahli  Parlimen pembangkang dan pemimpin mereka,”  katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Mohd. Rafizi di Ipoh,  Perak baru-baru ini untuk memulakan gerakan  menghasut rakyat memboikot akhbar Utusan  Malaysia, The Star, New Straits Times (NST) dan  TV3 selama tiga tahun sebelum Pilihan Raya  Ke-14, bermula selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Chandrakumanan menambah, rakyat perlu  menilai prinsip perjuangan pakatan pembangkang  ekoran rancangan terbaharu Mohd. Rafizi  tersebut, sedangkan mereka selama ini kononnya  mahu memperjuangkan konsep kebebasan  media.

Beliau turut memberi peringatan kepada  pengamal media lain terutama portal  propembangkang bahawa mereka mungkin akan  turut diboikot sekiranya mengkritik pimpinan  pembangkang.

“Ini (boikot) juga boleh berlaku kepada mereka  pada masa akan datang jika mereka menulis  berita-berita negatif mengenai pakatan  pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar  Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng,”  katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana