Program Dan Ceramah Pas Semakin Sepi Dan Lesu

Pas mungkin terpaksa melupakan hasratnya untuk merampas kembali kerusi DUN Kuala Besut yang pernah dimenangginya pada tahun 1999. Ia berdasarkan gerak kerja kempen dan ceramah yang dilakukan dilihat semakin sepi dan kurang mendapat sambutan yang mengalakkan.

Sebagai contoh bertempat di UPU Kampung Nangka ceramah parti itu pada malam tadi memperlihatkan penurunan sokongan yang semakin merosot.

Ahli Parlimen Pas dari Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud ketika menyampaikan ceramahnya malam tadi terpaksa bercakap dihadapan kira-kira 20 orang penonton sahaja yang rata-rata merupakan petugas parti itu yang dibawakan khas untuk membantu jentera kempen.

Memandangkan permit ceramah telah diluluskan, program yang diadakan pada malam itu terpaksa diteruskan juga bagi mengelakkan isu tersebut digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai modal kempen.

Tambah menyedihkan, ucapan wakil tunggal Dewan Muslimah Pas itu seperti hilang arah apabila berulang kali tersalah sebut sehingga terpaksa meminta para hadirin membantunya untuk menghidupkan suasana.

Dia yang ingin menceritakan kononnya masjid dan surau di Terenganu seolah sepi disebabkan pemerintahan kerajaan BN, seperti kehilangan ayat apabila terpaksa berhenti berulang kali.

“Di terengganu ni masjid dia cantik-cantik, tapi.. tapi.. tapi.. Apa tu.. Apa namanya tu.. Apa yang orang panggil bila ramai orang pergi masjid” soalnya kepada para hadirin.

Malah isu yang dibawa juga lebih menjurus kepada perihal ‘kehebatan’ kerajaan Selangor yang diperintah oleh pakatan.

“Saya minta tuan-tuan pergi Selangor.. Masjid dipenuhkan.. Kita memerintah sejak 2008 dengan rakan dari DAP” katanya.

Menurut salah seorang penyokong Pas tegar yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Pok Suh, 63 mengatakan peluang parti itu untuk merampas kembali kerusi DUN Kuala Besut dijangka sukar

“Payah Pas nak nak menang kat sini, BN agak kuat. Tapi mungkin boleh kurangkan majoriti.

“Che Long ada masalah dengan orang Pas kawasan. Dia dilihat lebih cenderung dengan kumpulan liberal berbanding kumpulan ulama” katanya lagi.

Dalam perkembangan yang lain, program penerangan Pas yang diadakan di Kampung Alor Pisang juga turut gagal menarik sokongan pengundi. Dianggarkan hanya sekitar 35 orang sahaja yang kelihatan hadir ketika ahli Parlimen Pas, dari Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa menyampaikan ceramahnya.

Tambah menarik, isu-isu yang dilontarkan juga lebih menjurus kepada isu nasional berbanding isu dan permasalahan rakyat di kawasan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana