PRK Kuala Besut: Pas akur tetapi masih salahkan SPR..Pulak

BESUT 25 Julai - Pas akur dengan kekalahannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan mengakui jentera BN lebih baik dan berjaya mengemukakan tawaran yang tidak mampu ditolak rakyat.

Yang Dipertua Pas Kawasan, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, ini membantu

kemenangan BN berbanding agenda Terengganu 16-16 yang dibawa oleh parti itu untuk mencipta sejarah.

Beliau percaya rakyat di kawasan berkenaan yang dahagakan pembangunan memilih BN setelah pelbagai projek dijanjikan akan dilaksana di kawasan itu jika BN menang.

Beliau bagaimanapun turut mengaitkan kekalahan itu dengan mendakwa kononnya turut berpunca daripada konspirasi BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat telah membuat perancangan awal sehingga membolehkan BN mempertahankan kerusi itu."Kita sudah jangka dari awal apabila SPR umum tarikh pengundi jatuh hari biasa dan itu menyebabkan pengundi tidak dapat pulang sekali gus menyebabkan kita kurang mendapat undi pada kali ini. Hanya 40 hingga 40 peratus sahaja undi dari pengundi luar diperoleh.

"Kita akui memang tidak dapat tawarkan apa yang BN beri jadi kita harap selepas ini wakil rakyat BN dapat laksanakan janji kerajaan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Markas Pilihan Raya Pas di Kampung Baharu dekat sini malam tadi.

Pada sidang akhbar tersebut Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Husam Musa dan imbalannya, Satipul Bahri Mamat tidak kelihatan.

Pada PRK DUN Kuala Besut yang berlansung semalam, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang selepas mendapat 8,288 undi berbanding calon Pas, Endot@Azlan Yusof yang mendapat 5,696 undi.

BN menang dengan majoriti sebanyak sebanyak 2,962 undi sekali gus berjaya mempertahankan DUN Besut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana