PRK Kuala Besut: Calon BN serah dana ringankan beban penduduk

BESUT: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman hari ini
menyerahkan sijil bagi "Dana Bakti Remaja" kepada penduduk di Kampung Baharu di sini.

Kira-kira 1,091 penduduk berumur di antara 21 dan 40 tahun dari pusat daerah mengundi Bukit Puteri dan Kampung Nangka yang terletak dalam Kampung Baharu layak mendapat bantuan sebanyak RM200 menerusi inisiatif kerajaan negeri. Tengku Zaihan diiringi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Datuk Wan Zakaria Abd Rahman dan Abdullah Che Muda yang memperkenalkan calon berkenaan kepada orang ramai.


Seorang penerima, Che Mohd Hanafi Mohd Salleh, 22, berkata, bantuan itu amat berguna sebagai persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri akan datang.

"Saya mungkin berkongsi duit ini bersama lapan adik beradik saya dan dapat mengurangkan beban kami," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana