PRK DUN Kuala Besut : Kekecohan Penyokong PAS pada Hari Mengundi.

KUALA BESUT 24 Julai - Berlaku sedikit kekecohan di Peti Undi Kampung Nangka apabila dilihat beberapa penyokong PAS menghampiri kawasan peraih undi BN.

Namun ia hanya provokasi ringan dalam rutin meraih undi disaat-saat akhir pada pilihanraya dan keadaan dapat dikawal anggota pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut ini menyaksikan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman mula kelihatan di Peti Undi Kampung Nangka di sini kira-kira jam 10 pagi selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kuala Besut.

Sambil ditemani isteri dan ayahnya, Tengku Zaihan dilihat menghampiri penyokong-penyokongnya dan mengucapkan terima kasih diatas sokongan yang diberi.
Dalam masa sama Tengku Zaihan juga sempat melawat persekitaran Peti Undi terbabit.
alt
Sebelum itu kelihatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat singgah seketika di kawasan peraih-peraih undi yang berada dibahu jalan lalu bersalaman dengan penyokong parti itu dari dalam keretanya.

Sementara kira-kira jam 9 pagi Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh dilihat menolak kerusi roda seorang pengundi warga emas dikenali Wan Minah Sulaiman.

Beberapa minit berikutnya pula kelihatan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said turut membantu bagi meraih undi.

Suasana mengundi pada PRK Kuala Besut ini disifatkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai pilihanraya paling aman.

Para pengundi diingatkan supaya keluar mengundi sementara cuaca baik kerana laporan kaji cuaca menjangkakan hujan menjelang petang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana