PRK DUN Kuala Besut Jentera PAS Layu Tidak Bermaya?

mengikuti perkembangan Pilihanraya Kecil (PRK) yang berlangsung di DUN tersebut. Di dalam perjalanan menuju ke Terengganu semalam, saya menjangkakan suasana pilihanraya yang hangat sebagaimana selalu….....PAS pernah mentadbir Terengganu selama sepenggal. Namun mungkin serik dibawah PAS, rakyat Terengganu bangkit semula menukar kerajaan negeri dan memberi mandat pada BN pada tahun 2004. Mandat tersebut kekal sehingga sekarang.Kali ini UMNO yang mewakili BN berentap semula dengan PAS di DUN Kuala Besut. Satu lawan satu. Sebagaimana yang kita maklum, PAS cukup “berbulu” pada UMNO. Selalunya, PAS akan bermati-matian untuk menjatuhkan UMNO dengan apa cara sekalipun…Maka sebab itulah saya menjangkakan saya akan berada di medan pertempuran PRK DUN Kuala Besut sehangat PRK Tenang, PRK Permatang Pasir dan PRK Manek Urai. Malah mungkinkah PRK Kuala Besut akan lebih hangat berbanding PRK-PRK sebelum ini?

Namun setibanya saya di sempadan Kuala Besut, suasananya begitu tenang, lapang dan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Yang ada hanyalah bazar-bazar Ramadhan dan gerai menjual juadah berbuka puasa yang dikerumuni orang ramai.

Selain itu, bendera BN begitu megah berkibar di sepanjang jalan. Ada yang dipacak di tepi jalanraya, ada yang digantung dan ada juga yang ditampal. Biru sebiru-birunya! Sayup-sayup barulah kelihatan bendera “Jepun” berwarna hijau. Itu pun hanya sekadar ada saja…

Apa sudah jadi pada PAS sebenarnya? Mana jentera PAS? Apa yang dibuat Husam Musa sebagai ketua jentera PRK PAS di Kuala Besut?

Selepas berbuka di Kuala Besut semalam, saya ke masjid di Kampung Raja untuk menunaikan solat terawikh. Selepas solat terawikh, kesempatan itu saya gunakan untuk bersembang dengan beberapa orang jemaah di perkarangan masjid.

Menurut mereka, PAS Terengganu khabarnya kecil hati terhadap lantikan Husam Musa sebagai Ketua Jentera PRK PAS di situ. Tindakan itu seolah-olah menunjukkan PAS Terengganu tidak cukup kaliber untuk mengepalai jentera pilihanraya di tempat sendiri.

Mereka memberitahu bahawa PAS Terengganu lebih suka jika PRK kali ini diketuai oleh pemimpin PAS tempatan. Mereka ada menyebut nama Tuan Ibrahim Tuan Man yang dikatakan sesuai untuk dilantik berbanding Husam.

Mengenai peluang PAS untuk menang di PRK Kuala Besut kali ini, mereka membayangkan bahawa PAS akan kalah sekali lagi di DUN Kuala Besut. Pada PRU ke-13 tempohari, PAS hanya menguasai 2 Pusat Daerah Mengundi (PDM) berbanding jumlah keseluruhan 8 PDM.

Memandangkan kelemahan jentera, layu tidak bersemangat dan hilang “command”, PAS dijangka tewas lebih teruk pada PRK Kuala Besut. Itulah yang jemaah itu beritahu sebelum longlai melangkah keluar dari kawasan masjid…

Saya tidak habis disitu saja. Saya ekori mereka dari belakang dengan kereta kecil saya dan saya hanya tersenyum melihat mereka belok masuk ke markas PAS berdekatan. “Orang PAS rupanya”, kata saya sambil tersenyum sumbing!

Dari cerita orang-orang PAS itu, saya menyimpulkan bahawa desas-desus yang mengatakan PAS Kuala Besut akan ditewaskan sekali lagi oleh pengikut sendiri ada benarnya. Dan ia hanya akan dapat dibuktikan pada 24hb Julai ini, insyaAllah…

Bagaimana dengan persiapan dan kempen BN? Rasanya itu tak payah saya ceritakan. BN memang terkenal dengan kebijaksanaan menguruskan jentera dan sangat berpengalaman menguruskan PRK. Pastinya mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana