Polis lancar operasi besar-besaran basmi masalah penagihan dadah dalam negara

Polis akan melancarkan operasi besar-besaran untuk membasmi dan mengatasi masalah penagihan dadah di seluruh negara terutama di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata operasi bagi membasmi masalah narkotik itu yang akan dipertingkat dan diperluaskan bukan sahaja menahan pengedar dadah malah penagih dadah.

"Seperti yang disebut Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), kita akan lancarkan operasi bagi menangani masalah dadah ini di seluruh negara terutama di sekitar Lembah Klang.

"Sebenarnya, operasi membasmi masalah dadah ini kita tidak pernah berhenti, cuma kita akan pertingkatkan lagi," katanya kepada pemberita selepas menutup pertandingan boling Piala Ketua Polis Negara di Kuala Lumpur,Jumaat.

Beliau mengulas mengenai cadangan Ahmad Zahid yang menyarankan supaya Kementerian Dalam Negeri menubuhkan sebuah pasukan khas bagi membanteras jenayah dadah.

Khalid berkata pihaknya akan melihat dan mengkaji permasalahan dadah di negara ini yang turut disifatkan sebagai satu ancaman yang perlu dipantau secara serius.

Katanya polis akan melipat-gandakan usaha itu termasuk meminta bantuan daripada jabatan lain di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Sementara itu, Khalid berkata polis telah bersiap-sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut selepas tarikh penamaan calon dan hari pengundian diumum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

"Saya menyeru mana-mana parti yang bertanding supaya mematuhi peraturan pilihan raya. Sekiranya terdapat masalah, datanglah berjumpa dengan Ketua Polis Daerah supaya segala peraturan dapat dijelaskan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana