PKR Nak Saman SPR?…

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dalam kenyataannya pada Sabtu lepas telah menegaskan partinya sudah nekad untuk menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari ini (Isnin, 16 Julai 2013) berhubung isu dakwat kekal yang heboh dipertikaikan pembangkang.

Menurut Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai merangkap anak perempuan kesayangan Ketua Umum PKR itu saman tersebut dikemukakan kerana wujudnya kenyataan bercanggah oleh SPR mengenai kandungan silver nitrat dalam dakwat kekal.

“Kami mempunyai semua dokumen dan bukti terhadap SPR. Anda tidak boleh terus menukar kenyataan anda mengenai nitrat perak dari lima ke tujuh peratus, kemudian kepada hanya satu peratus dan kemudian berkata ia adalah sama dengan pewarna makanan,” katanya.

Bila dibaca berulang kali kenyataan Naib Presiden PKR itu rasanya ramai yang akan perasan kenapa isu kenyataan mengenai kandungan silver nitrat yang dijadikan asas utama saman.

Sedangkan jika mengikut senarai ‘fakta penipuan SPR’ yang dikarang oleh pencacai PR ada 20 sebab kenapa SPR dikatakan penipu, tidak telus yang dijadikan alasan oleh PR untuk mempertikaikan dan menolak keputusan PRU-13.

Di bawah penulis lampirkan 20 senarai yang dimaksudkan dan daripada jumlah ‘fakta’ itu hanya alasan pertikaian nombor 9 sahaja yang dekat dengan asas utama yang dijadikan sebab untuk PKR menyaman SPR.

1- Kenderaan yang membawa peti undi tiba-tiba lari daripada jalan asal ke pusat pengumpulan undi. Menghilang. Kemudiannya muncul balik.
2- Tong peti undi ditukar di pertengahan jalan. Ada juga tong yang hilang.
3- Pada saat-saat akhir, tong yang hilang, tiba-tiba sampai di pusat penjumlahan undi.
4- Di saat kiraan undi yang menunjukkan PR sedang mendahului BN, tiba-tiba blackout.
5- Di saat-saat akhir, BN membantah pengiraan undi yang didahului PR menyebabkan undi terpaksa dikira semula.
6- Beberapa buah teksi berpenumpang daripada luar masuk ke tempat pengundian tanpa ada sebarang sekatan daripada polis sedangkan hanya kenderaan petugas & yang berkenaan dibenarkan masuk itupun sebelum pusat pengundian dibuka. Pengundi hantu?
7- Mat-mat Bangla yang tidak kenal siapakah PM Malaysia dibenarkan untuk mengundi. Polis biar je. Alasannya dia ada IC. Saya tanya anda jujur, anda boleh beza tak seorang bangla dengan seorang mamak? Tengok slang cakap pun dah tahu kan.
8- Orang yang sama mengundi lebih daripada satu pusat mengundi. Macamana tu?
9- Dakwat yang dikatakan kekal sehingga masa 5-6 hari boleh hilang dalam masa 5-6 minit.
10- Seorang yang masih belum mengundi tetapi bila tiba di pusat mengundi, dia direkodkan sudah mengundi. Siapa yang undi untuk dia?
11- Pengundi yang kurang upaya atau uzur, undi mereka dipangkah oleh petugas spr. Bila nak tengok apa yang dipangkahnya, petugas itu tidak membenarkan malah terus memasukkannya dalam peti undi. Mana hak sebagai seorang pengundi?
12- Pegawai SPR yang bertugas di pusat mengundi tidak mahu menandatangani Borang 14 walaupun sudah dikira jelas di pusat itu kemenangan berpihak kepada PR.
13- Di pusat penjumlahan undi, tong dibawa ke sana menaiki teksi ikut jalan belakang? Mana perginya kenderaan rasmi SPR? Kenapa jalan belakang?
14- Undi Awal disimpan di balai polis sebelum 5 Mei tanpa ada seorang pun wakil parti politik dibenarkan untuk mengawasinya?
15- Undi Pos semuanya berpihak kepada BN?16- Pensel turut disediakan kepada pengundi ketika ingin memangkah? Kenapa tidak bagi hanya pen? Untuk memudahkan usaha memadamnya kah?
17- Sesetengah tempat undi rosak lebih tinggi, daripada undi majoriti. Kenapa?
18- Van berlogo BN masuk…
19. Kertas undi yg telah dipangkah dijumpai di kawasan perumahan (Trengganu)
20. Ada pihak mendakwa telah mengundi sebanyak 2 kali…

Persoalannya, kenapa bukan isu 40,000 orang Bangladesh dapat mengundi dijadikan asas utama saman terhadap SPR, bukankah itu yang patut ditekankan? Berminggu-minggu menuduh SPR melakukan penipuan, takkanlah seratus atau seribu orang Bangladesh original pun tak dapat disediakan untuk mengukuhkan tuduhan?

Selain itu, mengapa tidak isu mengundi dua kali ataupun undi awal yang kononnya semua berpihak kepada BN dijadikan sandaran untuk menyaman SPR? Begitu juga kenapa isu blackout semasa pengiraan undi tidak diambil kira bagi menguatkan alasan saman?

Paling penting, dalam pada PKR sibuk menyediakan dokumen untuk menyaman SPR itu dan begitu yakin memang wujud penipuan yang didalangi SPR, TAPI kenapa pula Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang paling seronok sewaktu ura-ura PRK DUN Kuala Besut akan diadakan?

Bukan saja setakat seronok malah Anwar siap memberi sokongan lagi kepada PAS untuk bertanding dalam pilihan raya kecil yang akan dikendalikan oleh SPR. Tak cukup dengan sokongan itu, dihantar pula Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengiringi calon PAS semasa hari penamaan calon.

TAPI setakat iring sajalah, satu markas atau bilik gerakan PKR pun langsung tak dibuka, apatah lagi menghantar jentera pilihan raya PKR untuk sama-sama berkempen. Agaknya tunggu saat akhir baru bergerak kot.

Bak kata si polan bin si polan, saman tetap saman TAPI dalam duk menyibuk nak menyaman boleh pula dikalangan pemimpin PKR berebut-rebut nak letak calon parti itu meski pun tahu DUN Kuala Besut secara tradisinya ditandingi PAS.

Alang-alang PKR khusunya Nurul Izzah nampak macam bersungguh benar nak saman SPR, tak terdetik sedikit rasa malu ke terus memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen sedangkan kemenangannya sendiri diumumkan oleh SPR? Atau Nurul Izzah yakin dakwat kekal di Lembah Pantai mengandungi silver nitrat yang lebih tinggi?

Sudah Kalah, Kalahlah… Banyak pulak songehnya…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana