PKR gesa Najib tunai janji mansuh Akta Hasutan...Apa Punya Bahlol Nurul Izzah Ni

KUALA LUMPUR: Bosan dengan kelewatan janji kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menghantar Rang Undang-undang Ahli Persendirian kepada pejabat Setiausaha Dewan Rakyat.

Menurut beliau yang juga adalah ahli parlimen Lembah Pantai, beliau amat berharap dan yakin bahawa rang undang-undang itu akan dibahaskan kerana sudah bosan dengan tindakan kerajaan yang menggunakan akta berkenaan secara berleluasa untuk menangkap aktivis dan pemimpin pembangkang.

"Umum ternanti-nanti pelaksanaan kata-kata Datuk Seri Najib (Razak).

"Malah, terkedu dengan tindakan undang-undang ke atas aktivis serta ahli politik Pakatan Rakyat menggunakan Akta Hasutan pasca PRU-13 yang pada awalnya diganding dengan tawaran peribadi 'Pendamaian Nasional'," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Tahun lalu, ketika majlis makan malam anjuran Pejabat Peguam Negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan Akta Hasutan digunakan sebagai alat kerajaan untuk merencatkan tindakan dan pandangan yang tidak sealiran dengan kerajaan dan berjanji menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional.

Walaupun mengakui Rang Undang-undang Ahli Persendirian yang dibentangkan oleh pembangkang lazimnya akan ditolak, namun Nurul Izzah berkata bahawa idea kali ini  datang daripada kerajaan sendiri.

"Langkah ini diharap dapat menamatkan era penyalahgunaan Akta Hasutan 1948 menerusi pemansuhannya sekaligus dalam usaha melaksanakan islah dan reformasi yang tulen," katanya.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa akta sebegitu tidak perlu wujud memandangkan undang-undang sedia ada sudah meliputi setiap perkara yang berkaitan.

Katanya, pelaksanaan Akta Hasutan 1948 itu hanyalah sebagai warisan yang ditinggalkan kolonialis British yang sewaktu itu giat membangunkan dan memerdekakan negara.

"Secara khusus, seksyen 505 Kanun Keseksaaan, Seksyen 499 Kanun Keseksaan yang berkait fitnah jenayah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memadai dalam menangani cabaran sedia ada.

"Asal prinsip utama adalah tidak sekali-kali menyalahgunakan undang-undang sedia ada demi kepentingan politik," katanya lagi.

Beliau bertegas akan memastikan Rang Undang-undang Hasutan (Pemansuhan) 2013 berhasil menerusi laluan perbahasan di Parlimen bagi memenuhi tuntutan janji yang dibuat oleh perdana menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana