PKR dan PAS Terus Berebut Kuala Besut, DAP Pula Suruh Boikot...

Melihat tingkah laku Pas, PKR dan DAP selepas pilihan raya ini tidak ubah seperti menonton cerita lawak hitam putih The Three Stooges.

Apabila berlakunya kekosongan kerusi di DUN Kuala Besut selepas kematian penyandangnya, Dr A.Rahman Mokhtar dari BN, Azmin bingkas bangun perjuangkan yang kononnya itu hak PR untuk bertanding dalam PRK. Dalam masa yang sama, Setiausaha Agunf DAP, Lim Guan Eng menyatakan bahawa Pakatan Rakyat sepatutnya memboikot pilihan raya ini.Azmin yakin PRK nanti akan memberikan kejayaan besar buat PR di Kuala Besut dan dapat membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru. Macam mana beliau hendak membentuk sebuah kerajaan yang baru melalui kemenangan kerusi Kuala Besut masih merupakan tanda tanya besar kepada orang ramai. Hakikatnya kerajaan negeri telah dibentuk, walaupun Pas menang ia tidak boleh membentuk kerajaan kecuali ada ADUN BN yang lain menyokong undi tidak percaya Pakatan.

Ketika DAP kata jangan bertanding, Pas dan PKR mahu terus bertanding. Lucunya, mereka yang mahu bertanding juga saling berbalas hujah siapa yang patt bertanding.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mahu meletakkan calon PKR untuk bertanding. Walhal, calon sebelum ini diwakili oleh parti PAS.

Ketika ini juga, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali membidas kehendak PKR untuk bertanding.

Mustafa menyatakan PKR tidak memahami kedudukan kerusi di Kuala Besut itu sejak PRU13 dan isu untuk meletakkan calon PR di bawah parti PKR tidak seharusnya timbul.

Inikah yang Anwar dakwa mereka bertanding sebagai satu parti sehati sejiwa walaupun logo berlainan ketika menjawab sindiran Tan Sri Anuar Musa mengenai undi popular mereka di Parlimen?

Ketika bertanding semua berebut untuk menjadi calon, bila habis pilihan raya tinggal BN yang memberi khidmat. Mennag atau kalah mereka hilang juga.

Terserah kepada rakyat untuk memilih antara intan dan permata!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana