Permohonan Maaf Marino Tidak Memadai - Hasan Ali

Difahamkan Duta Vatican City ke Malaysia Joseph Marino telah diminta hadir ke Wisma Putra bertemu dengan Menteri Luar Negeri.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Negeri bahawa Duta tersebut telah diberi kefahaman mengenai suasana dan persekitaran kehidupan rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan agama.

Dilaporkan Duta tersebut telah memahami keadaan itu dan berikutan dengan itu telah memohon maaf atas keterlanjuran beliau mengulas isu mengenai kalimah Allah yang dilihat secara terang-terangan menyokong posisi yang di ambil oleh pertubuhan Kristian.

Seperti yang telah disuarakan di dalam beberapa pertemuan sebelum ini pihak NGO khususnya JATI dan PERKASA menganggap bahawa permohonan maaf sahaja tidak memadai untuk mereda dan memadamkan kemarahan dan ketidakpuasan hati masyarakat Islam terutamanya mengenai pandangan yang disuarakan oleh Joseph Marino sebelum ini.

Kami ingin menegaskan buat kesekian kalinya bahawa Duta Vatican City itu perlu menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkannya yang menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh pihak gereja di Negara ini. Pada masa yang sama beliau perlu berjanji untuk tidak akan mengulangi perkara yang sama pada masa hadapan.

Atas poisisi yang kami ambil itu pimpinan tertinggi beberapa NGO akan tetap meneruskan acara penyerahan nota bantahan kepada pejabat kedutaan Vatican City selepas solat Jumaat 19 Julai pada jam 2:30 petang.

Kami pimpinan NGO berharap dapat bertemu sendiri dengan  Joseph Marino agar pertemuan secara bersemuka itu dapat menghantar mesej mengenai implikasi kenyataan yang telah beliau keluarkan.

Kami terharu melihat ulasan-ulasan yang dibuat oleh beberapa pimpinan Negara termasuk ahli-ahli Parlimen yang sebahagiannya telah membuat gesaan agar Joseph Marino dihantar pulang ke Vatican City akibat silap pertimbangan dan kebiadapan beliau.

Kami berharap pihak yang berkuasa supaya tidak mengambil permohonan maaf Duta tersebut sebagai jalan penyelesaian akhir kepada isu yang ditimbulkan sebaliknya merangka beberapa langkah segera khususnya yang berkaitan dengan Joseph Marino agar kejadian yang sama tidak berulang dan menjadi pengajaran kepada semua pihak untuk menghormati kedaulatan Negara Malaysia.


DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
17 JULAI 2013

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana