Pergolakan di Mesir: Isma hantar memorandum bantahan kepada AS

KUALA LUMPUR 21 Julai Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum bantahan berkaitan penggulingan bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi kepada kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak.

Memorandum bantahan itu disampaikan oleh Timbalan Presiden Isma, Aminuddin Yahya kepada Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan AS, Lee McClenny di sini hari ini.

“Sebagai mewakili umat Islam di Malaysia, kita berasa sedih dengan kejatuhan demokrasi di Mesir. Di sebalik propaganda Barat mengenai demokrasi, kebebasan bersuara dan memilih pemimpin tidak berlaku di Mesir.

“Negara-negara Barat tidak langsung mengutuk rampasan kuasa oleh tentera dan nampaknya berdiam diri,” kata Amiruddin.

Menurut beliau, cara ganas tentera menangani demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Mesir dikhuatiri akan menyebabkan lebih banyak pertumpahan darah berlaku.

Dalam memorandum itu Isma mendesak kerajaan Amerika untuk menolak dan mengisytiharkan kerajaan sementara yang diterajui Adli Mansor sebagai tidak sah dan melantik semula Mursi sebagai Presiden Mesir tanpa sebarang syarat.

Memorandum itu juga mengesa agar Panglima Tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang dilihat bertanggungjawab sebagai dalang menjatuhkan Mursi dibawa kemuka pengadilan kerana membunuh orang awam.

Amerika Syarikat dan negara-negara Barat yang lain diminta agar menghentikan sebarang campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara Mesir.

Seramai kira-kira 700 orang ahli Isma turut membuat demonstrasi aman di hadapan bangunan Tabung Haji yang terletak berhampiran kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana