Pengundi Kuala Besut Mahu Kekalkan Kepimpinan MB Terengganu – Khairy

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata langkah BN meletakkan calon muda dan profesional seperti Tengku Zaihan terbukti keputusan yang bijak
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Abe Ku. Keputusan yang meyakinkan ini juga menunjukkan pengundi Kuala Besut dan Terengganu masih ingin mengekalkan kepimpinan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan kerajaan negeri BN,” katanya.
Beliau berkata kemenangan BN menunjukkan calon muda juga diterima pengundi Kuala Besut yang inginkan pembangunan ke kawasan mereka.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan penghargaan kepada jentera Wanita UMNO yang berkempen tanpa mengenal erti penat lelah pada bulan Ramadan, termasuk dari rumah ke rumah.

“Sambutan penduduk juga sungguh mesra, ini menunjukkan BN diterima baik di sini dan saya yakin ia memberi kekuatan untuk kita pada PRU ke-14 akan datang,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana